Monday, September 21, 2015

JANGAN JADI BODOH!! KENAPA HANYA PUTUS HUBUNGAN DENGAN NAJIB? KELUAR DARI MCA!!!

TIDAK rasa terkilan secalit pun dengan kenyataan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang yang menempelak DS Najib dan seterusnya memutuskan hubungan dengan Presiden UMNO tersebut hanya kerana sokongan DS Najib terhadap Himpunan Merah yang diadakan baru-baru ini.

Mungkin aku sendiri sudah rasa ketidakbersamaan MCA dalam BN untuk meraih sokongan rakyat khususnya kaum Cina untuk terus menyokong Barisan Nasional.

Lihat sahaja tindakan-tindakan MCA kebelakangan ini yang sudah tidak senada dengan UMNO dan kepimpinan Barisan Nasional dalam pelbagai isu. Yang terbaru berkenaan isu Bersih 4.0 yang mana Presiden MCA sendiri tiada halangan untuk ahlinya menghadiri.

Namun kenapa Presiden MCA tidak membuat kenyataan yang sama semasa Himpunan Merah atau Himpunan Rakyat Bersatu yang sudah pasti mendapat permit daripada PDRM dan DBKL untuk mengadakan himpunan secara aman?

Adakah MCA juga sudah menjadi RASIS seperti DAP yang sememangnya sakit mata apabila melihat orang Melayu bersatu dan berhimpunan dalam satu kawasan? Adakah MCA merasakan yang Melayu tidak punya hak untuk berhimpun dan menyatakan sokongan kepada pentadbiran Najib Razak sekarang?

Perlu diingat bahawa sokongan kaum Cina semakin merosot dan MCA tidak pernah berbuat apa-apa atau merangka strategi berkesan untuk terus menarik lebih ramai kaum Cina menyokong kerajaan BN sedia ada.

Menyelusuri PRU13, sokongan kaum Cina terhadap calon-calon BN terlalu ketara tidak menyokong. Sedangkan orang Melayu masih lagi memberi sokongan tertinggi terhadap calon MCA yang mana mereka bertanding di kawasan majoriti orang Melayu.

Adakah MCA yakin bahawa mereka akan menang di kawasan majoriti kaum Cina seperti di bandar-bandar besar?

Jangan terlalu angkuh dan berlagak dengan kenyataan yang dibuat. Jika Presiden MCA masih diam membisu, ternyata bahawa MCA sememangnya sudah terjerumus ke lembah RASIS ciptaan DAP.

3 comments:

  1. Masa pilihanraya dulu mca tak menyumbang apa apa pun.....amik kerusi mca yg majoriti melayu.....elok mca keluar maka pengundi cina pun pecah dua...abis citer.....mca bole berambus...

    ReplyDelete
  2. MCA dan DAP member babe. Pergi ke blog Helen Ang , banyak informasi tentang MCA.
    Nsjib dah banyak beri muka dengan ultra kiasu. Dah naik tocang dah.

    ReplyDelete
  3. MCA dah tak relevan dalam BN.. kalah teruk dalam pru13.. singkir MCA gantikan dgn PCM.. inilah masanya BN cuci bersih parasit & kudis dlm parti..

    ReplyDelete

comment please.....