Wednesday, September 30, 2015

#DEIG SAMAN FAEKAH ATAS PERSOALAN YANG GAGAL DIJAWAB AZMIN

Mantan CEO MBI yang juga bekas Setiausaha Politik kepada mantan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kini bertugas sebagai Penyelaras parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang Cik Puan Faekah Husin telah menerima surat notis bertarikh 25hb September 2015 dari Tetuan Abu Bakar & Yong peguam dikatakan mewakili Menteri Besar Selangor (MBI), Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan COO DEIG Soffan Affendi Aminuddin mengenai suatu artikel yang disiarkan oleh NST bertajuk " WHY NO STATE OFFICIALS IN DEIG" pada pandangan anak guam mereka sebagai kenyataan fitnah yang merosakkan reputasi dan nama baik yang terlibat.

Antara lain Faekah dituduh mencemarkan nama DEIG mengamalkan rasuah dan tidak amanah ... DEIG dituduh akan menyalahgunakan aset Kerajaan Negeri Selangor .. DEIG dituduh terlibat dalam urus niaga dan transaksi yang meragui ... COO Soffan Affendi Aminuddin  sebagai tidak amanah, jujur dan mengamalkan rasuah dan akan gunakan kedudukkannya untuk menyalah guna aset Kerajaan Negeri Selangor dengan amalan transaksi mencurigai dan amalan rasuah .....

Apakah benar sepertimana yang diperkatakan oleh peguam DEIG tersebut? ... Bukankah Faekah Husin hanya meminta Azmin dan DEIG memberikan jawapan dari pelbagai soalan yang di bangkitkan pada hemat beliau amat perlu diberikan penjelasan agar rakyat mendapatkan pencerahan demi kebenaran.





2 comments:

  1. Skandal penerokaan tanah kerajaan di Rasa Hulu Selangor, mantan ketua kg dari pkr, ketua wanita pkr hulu selangor, staff wanita di pejabat tanah itu sendiri terlibat? Betulka mohon blogger buat sendikit pencerahan disini...

    ReplyDelete

comment please.....