Friday, May 1, 2015

#PRKROMPIN | CALON BN AKAN MEMPERJUANGKAN HASRAT GENERASI KEDUA FELDA

DATO' Hasan Arifin, calon BN bagi PRK Rompin memahami rintihan, keluhan dan keperluan anak-anak Felda Parlimen Rompin khususnya yang masih lagi tidak mampu memiliki rumah pada kadar yang berpatutan.

"Dalam konteks ini, saya akan memperjuangkan hasrat generasi kedua Felda agar nasib mereka terus terbela," katanya ketika ditanya oleh media.

Seperti sedia maklum perkara-perkara yang berhubung kait dengan dasar Felda memerlukan pertimbangan dan keputusan pucuk pimpinan khususnya YAB Perdana Menteri.

"Saya yakin YAB Perdana Menteri sentiasa peka dan prihatin mengenai kebajikan dan masa depan Felda. Bagi pihak generasi muda Felda di Rompin ini, saya merayu agar pucuk pimpinan dapat mencari penyelesaian terbaik berkenaan isu perumahan generasi kedua.

"Sesungguhnya tidak ada parti lain selain UMNO dan Barisan Nasional yang memperjuangkan nasib masyarakat Felda dari dahulu lagi dan tidak ada sebab kita tidak meneruskan agenda ini lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri adalah waris kepada Tun Abdul Razak yang telah mencetuskan agenda untuk membela orang Melayu melalui Felda sejak 59 tahun dahulu," kata Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin petang tadi.

Dato' Hasan dijangka akan menang dengan selesa di Rompin kerana jasa dan bakti UMNO kepada penduduk setempat khususnya kepada peneroka Felda dan Orang Asli.

Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon daripada parti BN dan PAS.

No comments:

Post a Comment

comment please.....