Thursday, November 13, 2014

KELANTAN BANYAK KES HIV SEBAB SEBELAH GOLOK!!

KELAKAR apabila Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga AJK Pas Pusat memusingkan fakta ke atas kes HIV yang semakin berleluasa di Kelantan.

Kenyataannya baru-baru ini yang menuduh Selatan Thailand seperti Narathiwat sebagai penyebab utama kenapa kes HIV semakin meruncing di Kelantan adalah bersifat prejudis.

Bagaikan tiada alasan kukuh lain yang boleh difikirkan selain menuding jari kepada orang lain malah lebih teruk kepada negara jiran yang mana 90% penduduk Narathiwat adalah beragama Islam.

Meletakkan kesalahan kes HIV ke atas negara sempadan ini menunjukkan yang anak kepada Nik Aziz ini sudah habis idea untuk mempertahankan kerajaan negeri Pas yang kononnya serambi Mekah.

Nik Abduh bagaikan hilang punca selepas diasak oleh wartawan berkenaan kadar peningkatan membimbangkan kes HIV/AIDS di negeri Kelantan, malah menduduki tangga kedua selepas Selangor.

Tapi, memang dasar Pas memang macam tu. Tak dapat nak bagi jawapan walaupun memang salah negeri sendiri terus tuding jari kat orang lain.

Lebih buruk apabila menuduh Thailand sebagai negara penyumbang HIV di Kelantan hanya kerana bersempadan dan dipisahkan dengan sungai Golok.

Fitnah dan Pas memang tak dapat dipisahkan...

6 comments:

  1. Salahkan golok sebab bamyak kes hiv di kelantan. Sebagai seorang melayu islam yang rasional, saya berani katakan yang salah adalah rakyat kelantan sendiri moreso kalau mereka ini orang islam......di mana kekuatan diri kamu yang bersungguh2 nak dapat jolokan serambi mekah. Orang lain kafir, ikut perlembagaan penjajah, rasuah dsbnya. ALLAH maha adil maha mengetahui. Orang lain saja salah. Mereka sendiri tak dpt tahan nafsu mereka.....golok dipersalahkan. Serve you right kelantanese

    ReplyDelete
  2. MAK LANG MAK LANG YG BERLAMBAK DI KL PUN BERASAL DARI SANA JUGEEEE........!!!

    ReplyDelete
  3. nik abduh secara sindiran menyatakan bahawa ramai rakyat kelantan yg suka makan luar kat golok,

    ReplyDelete
  4. perlis, kedah dengan perak tak banyak pulak ye?
    diorang pun sempadan dengan siam jugak.

    kalu de bodo gak. belawok la khijoe nyo.

    ReplyDelete
  5. kegagalan kerajaan Isle kelantan untuk mendidik rakyatnya supaya menjauhi zina.
    ngaku jer..takyah konar2..

    ReplyDelete
  6. Patutnya kebanggaan mereka dgn gelaran kelantan serambi mekah mendorong mereka mencari kekuatan utk menjadikan golok lebih islamik bukan sebaliknya. Eloknya kita jgn riak dan bermegah dgn gelaran itu kerana takut mengundang kemurkaan Allah. Kerana Allah tahu segala isi hati. Berdakwah kerana Allah dan jgn sekali dlm hati bangga kita lebih baik lebih islamik dari org lain. Allah itu Hakim yg terbaik...

    ReplyDelete

comment please.....