Tuesday, November 25, 2014

GEMPAR!! KEPALA BABI DIJUMPAI DI KOLAM TAKUNGAN AIR!!

SATU kepala BABI HUTAN yang telah di potong dijumpai oleh beberapa orang pemancing di dalam tasik atau lebih tepat lagi kolam takungan air yang disalurkan kepada seluruh penduduk negeri Selangor sekitar Utara Selangor.

Penemuan memeranjatkan ini didakwa di Rasa, Hulu Selangor. Tidak dapat dikenalpasti angkara siapa namun yang pasti perkara seperti ini amat memualkan bagi pengguna-pengguna air di seluruh utara Selangor.

Bukan itu sahaja, isi perut binatang menyondol ini pun ditemui di gigi air tasik ini.

Entah apa lagi musibat yang menimpa umat Islam di Selangor. Dulu kepala babi dicampak di dalam surau oleh sekumpulan puak anti-Islam. Kini, mereka menggunakan taktik baru pulak supaya air yang digunakan oleh umat Islam tercemar dengan najis mughallazah ini.

Nak harapkan kerajaan negeri pun dah bersekongkol dengan puak anti Islam ni. Sudah pasti puak ini akan mengatakan yang air ini dirawat dan sudah pasti dikatakan air ini suci lagi menyucikan.

Nasiblah jadi orang Islam di Selangor yang semakin hari semakin hilangnya rasa hormat puak kafir ini kepada orang Islam.

Namun apa boleh buat. MB sendiri pun mengangguk tanpa bantahan demi undi dari puak kafir ini.


No comments:

Post a Comment

comment please.....