Monday, November 24, 2014

AZMIN WAJIB SIASAT KENAPA PERLU PAMPASAN RM2.6 JUTA KEPADA BEKAS STAFF KHALID!!

BETAPA beruntungnya menjadi staff atau pekerja Menteri Besar Incorporated (MBI) semasa pentadbiran Khalid Ibrahim. Pampasan yang diberikan kepada bekas pekerjanya sudah memadai untuk mereka meneruskan kehidupan tanpa perlu bekerja.

Azmin pula baru-baru ini menafikan tidak memberikan sebarang pampasan kepada staff Khalid Ibrahim kerana ianya bernilai agak tinggi hingga melibatkan RM2.6 juta bagi 8 orang pegawai kanan Khalid Ibrahim.

Walaubagaimanapun, Azmin selaku MB Selangor yang baru perlu siasat perkara ini kerana senarai nama dan pampasan yang diterima dibocorkan oleh orang dalamnya sendiri.

Namun percayalah, sudah pasti Azmin akan terus menutup mulut tentang perkara ini sebab mahu dilihat PKR sebagai sebuah parti yang bersih namun hakikatnya penuh korap dan rasuah.

Alangkah elok jika 2.6 juta yang dibazirkan kepada bekas pegawai Khalid ini digunakan untuk  pembangunan di Selangor.

Masih banyak lagi bangunan usang yang perlu dibaikpulih. Masih banyak lagi infrastruktur yang mahu tumbang kerana tiada penyelenggaraan sejak dari zaman Khalid lagi.

Siasatlah.....

No comments:

Post a Comment

comment please.....