Friday, October 3, 2014

KHALID IBRAHIM SELEWENG DUIT PERUNTUKAN WARGA EMAS - AZMIN ALI

BELUM sampai sebulan Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor, pelbagai dugaan datang bertali arus tanpa henti. Sebagai seorang Menteri Besar yang dipilih oleh Anwar, Azmin dilihat cuba menjadi 'robot' dengan Anwar sebagai 'remote control' nya.

Baru-baru ini Azmin mengeluarkan arahan supaya dana peruntukan untuk warga emas bagi kawasan yang dimenangi oleh Khalid diberhentikan dengan serta-merta. Kawasan yang dimenangi iaitu Parlimen Bandar Tun Razak dan Dun Pelabuhan Klang akan dihentikan penyaluran dana kepada warga emas kerana Khalid didakwa tidak menyerahkan dana warga emas itu terus kepada golongan sasar.

Persengketaan antara Azmin dan Khalid memang telah lama terjadi sehinggakan Khalid dipecat daripada parti dan peluang ini digunakan sepenuhnya oleh Azmin untuk menjadi MB Selangor dengan kebodohan Pas yang mencalonkan dirinya.

Strategi yang dirancang oleh Anwar nampaknya menjadi apabila krisis MB ini sehingga sekarang masih diletakkan kesalahan kepada Pas kononnya 4 exco Pas masih tidak mahu letak jawatan sedangkan 6 exco daripada PKR, DAP telah dipecat.

Dana sebanyak RM800juta diperuntukkan kepada dua kawasan ini walaupun Bandar Tun Razak bukanlah di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Oleh itu sebagai MB Selangor yang baru, Azmin punyai kuasa untuk menyekat terus peruntukan yang diberikan sebelum ini.

Malah dengar cerita, hari ini semua masjid di Selangor dipohon untuk mendoakan semoga Azmin turun dari kerusi MB kerana sifat sombongnya dan menganiaya golongan warga emas di Pelabuhan Klang.

5 comments:

  1. Laaa apa sal nak damaikan sesamma mereka...pi lantak depa la.....minta assmin dan puak pkr yg lain jangan tak gaduh....gaduhlah lagi dan lagi....hihihi....tahniah rakyat selangor darul jamban.....gaduh jangan tak gaduh....

    ReplyDelete
  2. sejak zaman dahulupun melayu sentiasa berperang dengan melayu. panglima melayu berperang dengan lanun melayu. bagaimanapun sampai sekarang keturunan melayu tetap kekal dan tak pupus. jadi, apalah sangat perang antara azmin dan khalid, hanya perang mulut, tak sampai pertumpuhan darahpun...!!! teruskan ajelah perang tu, jadi warna warni politik melayu. itupun sudah boleh jadi hiburan kepada rakyat yang tengah sedih gundah gulana kerana minyak petrol dah naik 20sen seliter....

    ReplyDelete
  3. Cara mudah untuk menjadi gagah perkasa dan masyhur adalah dengan membalun orang tua lemah yang pada suatu masa dahulu pernah menjadi gagah perkasa dan masyhur. Cara untuk menjadi nampak bijaksana adalah dengan membodoh-bodohkan orang lain. Cara untuk menampakkan MB yang berjaya adalah dengan menggagalkan kejayaan MB lepas. Manakala cara untuk memenangi lumba basikal dengan mudah adalah dengan mepancitkan tayar basikal lawan.

    Dalam politik yang utama adalah menang!!!

    ReplyDelete
  4. Minta izin WM untuk iklan

    Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

    Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

    Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar (boleh runding) walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

    Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hubungi segera sms ke 013 2704567..ayuh tolong saya selamatkan tanah melayu !!

    ReplyDelete
  5. We hope the ruler of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Cancel or revoke this title of Datuk ship DATUK YIP KUM FOOK叶金福 because he is very bad in the Chinese community in Malaysia, also very disturbed Buddhist monks, anyone can write a letter to the Sultan of Selangor to inform about MCA YIP KUM FOOK叶金福

    We also hope that everyone loves Malaysia, do not mess it up and don't like other people, only then can we live in this country in peace and happiness. DATUK YIP KUM FOOK叶金福 is very proud of himself, now the world is different from the past and now many people have education, you cannot fool them

    DATUK YIP KUM FOOK叶金福made the Samnak Sambodhi Buddhist Temple (吉隆坡甲洞帝沙再也三宝) destroyed and now the Temple is near to collapse because he is playing politics in the temple, everyone know about that

    Sharing by Tony Toh & friends

    ReplyDelete

comment please.....