Tuesday, August 19, 2014

APABILA PAS SUDAH HILANG KETAYAP, JUBAH DAN LEBAI

KRISIS perlantikan MB Selangor yang baru iaitu Wan Azizah merungkai siapa sebenarnya PAS yang sekarang. Jika dahulu kita dapat melihat wajah-wajah jernih dan masih boleh dibanggakan di Malaysia masih lagi punyai parti yang agak Islamik, namun bukan lagi PAS sekarang.

Biar gambar berbicara.

Kepimpinan PAS dahulu dan sekarang memang sudah jauh berbeda. Tiada lagi kelibat Fadzil Nor, Harun Taib, Harun Din, Hadi Awang malah Nik Aziz pada setiap kali press conference yang diadakan.

Tiada lagi kelihatan golongan pemimpin yang berpakaian jubah dan berserban.

Tiada lagi ucapan atau kenyataan yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

Maka zaman ini kita dapat lihat yang sebuah parti yang dikatakan ditubuhkan untuk menjaga bangsa Melayu dan agama Islam sudah terkubur. Sudah tiada lagi kata-kata garang mempertahankan Melayu dan Islam semenjak menjadi balaci kepada Anwar dalam PR.

Jadi memang tidak mustahil apabila Wan Azizah menjadi pilihan PAS. Sedangkan dalam hadis nabi memang ada berpesan bahawa wanita tidak boleh menjadi ketua negeri/negara.

Malah melalui ceramah-ceramah PAS yang aku sendiri pernah hadir sebelum ini turut menyatakan bahawa jika kerajaan (BN) melantik wanita sebagai ketua negeri/negara maka akan hancurlah Malaysia.

Sekarang segalanya dah terbalik. Terpalit atas muka sendiri.

Fikirkan. Renungkan.

3 comments:

  1. Berpandukan gambar diatas kita sudah dapat mengenali siapa pemimpin hari dari golongan agama atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. Kalau kira buat pilihan rambang tanpa lihat pada kebolehan,hanya lihat pada wajah pemimpin (bukan tujuan menghina ya)..agak2 ko la,rakyat malaysia nak tak pm dia muka macam mat sabu atau mcm kit siang..kalau anuar tu mcm ada style dan tokoh gak jadi pm..khairy jamaludin ke,azmin ali ke,ada la style gak..setakat mahfoz ke,husam ke,muka apek2 dap ke,muka shamsul iskandar,muka mcm rafizi..he he tak nak la aku pm msia muka mcm dia org ni..mcm tak moden la msia ni...

    ReplyDelete

  3. MASIH TAKNAK JUGAK GUNAKAN OTAK. . .
    APA YG ANUAR CKP APA YG ANUAR BUAT. . .
    APA YG PAS CKP APA YG UMNO BUAT
    SEMUANYA BALIK KPD PAS SEKARANG.

    ReplyDelete

comment please.....