Thursday, July 31, 2014

ZUHDI MARZUKI JADI KAMBING HITAM PAS

PERGOLAKAN politik Selangor nampaknya semakin meruncing dengan pelbagai dalil sudah meresapi setiap kepimpinan PR di Selangor. Dan yang lebih teruk apabila polemik politik Selangor turut dicampuri oleh orang luar yang dirasakan tidak punyai kepentingan untuk menentukan siapa Menteri Besar Selangor.

Pendapat peribadi aku tidak menyokong mana-mana pihak sama ada kem Khalid-PAS Selangor atau Azizah-Anwar. Aku lebih suka menjadi pemerhati daripada turut masuk campur dalam kemelut dalam mereka.

Rumahtangga orang jangan masuk campur. Biarkan.

Kat sini aku juga menyeru kepada semua ahli dan penyokong BN khususnya di Selangor agar menjauhkan diri dari fitnah PR ni. Kita tidak tahu apa permainan mereka dan yang pasti Zuhdi Marzuki hanyalah kambing hitam kepada PAS agar rakyat tidak lupa tentang kewujudan mereka.

Ye lah.... kat kawasan tak pernah nampak. 

Bergaduh konon buat kerja sampai nak berebut kerusi MB.

Masalah tak selesai jugak. Isu rakyat tak pernah nak ambil tahu langsung.

Yang PR tahu, bergaduh berdemo jelah kat jalan.

Jadi, saranan aku biarkan rumahtangga mereka. Nak kata BN boleh ambil balik Selangor dengan 12 kerusi dun je memang tak laaaa... So, kita hanya jadi pemerhati sajalah sekarang...

1 comment:

comment please.....