Thursday, December 19, 2013

#SELANGORKU : LESEN SERTA SEWA PREMIS PERNIAGAAN NAIK HINGGA 400%!!!

RIBUAN peniaga bakal berhimpun dan berdemo di hadapan Bangunan SUK Selangor pada minggu hadapan ekoran dari kenaikan mendadak lesen serta sewa premis perniagaan di sekitar Selangor.

Perkara ini telah dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap.

Jika sebelum ini setiap peniaga akan di caj bagi memperbaharui lesen perniagaan sekitar RM150 - RM180, menjelang tahun 2014 kadar baru bagi lesen perniagaan adalah dari RM1000 - RM1500 bagi satu-satu premis di bawah Pihak Berkuasa Tempatan Selangor.

Perkara ini adalah bagi menampung gaji Menteri Besar dan barisan Exco Selangor yang bertungkus lumus membangunkan negeri Selangor sejak 5 tahun yang lalu.

Begitu juga dengan kadar terbaru bagi permit petak parkir yang juga bakal dinaikkan dari RM30.00 sebulan kepada RM70.00 sebulan berkuatkuasa awal tahun 2014. Perkara ini telah dipersetujui sebulat suara oleh barisan Exco kerajaan negeri yang diketuai oleh Teng Chang Kim sebagai exco senior dari DAP Selangor.

"Hasil Negeri untuk MB dan Exconya"

3 comments:

  1. Kat Selangor ni kitaorang tak pilih BN pun,jadi suka hati kerajaan negeri Selangor lah.....orang Selangor kaya,naik berapa pun kita tak kisah tapi jangan BN naik harga mesti kita orang bantah...walhalalku walharammu...ke,ke,ke

    ReplyDelete
  2. APA BN BUAT? KALAU PR DAH TENTU ISU NI DIPERBESARKAN DITAMBAH PERENCAH BUAT PENYEDAP DICURAH CUKA BAGI MEMEDIHKAN LAGI,

    ReplyDelete
  3. kenapa renyuk kertas tu ? marah ke...

    ReplyDelete

comment please.....