MALAM tadi bertempat di Auditorium Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Mat Sabu hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian persidangan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Kehadiran lebih kurang 500 orang dari seluruh negara dengan rasminya telah membuka gelanggang persidangan Pemuda PAS bagi bermesyuarat dan menyampaikan usul-usul yang ingin dibawa dari tempat masing-masing.
Bukan perjalanan majlis yang aku nak ceritakan kat sini. Cumanya dalam ucapan Mat Sabu ada menyentuh tentang kebobrokan UMNO yang bagai menagih simpati ingin bergabung dengan PAS apabila sudah dilihat lemah.
"Sekarang zaman transformasi, bila ada perubahan pasti ada pergolakan."
Itu adalah antara ayat yang diucapkan oleh Mat Sabu sebelum merasmikan muktamar pemuda. Bagaikan satu potong ayat yang lebih menjurus kepada rusuhan yang akan diadakan sekali lagi selepas tamatnya agenda Blackout, dan juga pengundi Bangladesh seramai 40,000 orang.
Dan aku juga percaya selepas dari ini pasti akan ada lagi kekecohan dan perarakan haram yang dianjurkan oleh pakatan haram akibat dari beberapa isu yang meruntun hati rakyat terutama berkenaan cukai GST dan juga isu baru-baru ini tentang penghapusan kereta yang melebihi 12 tahun.
Yang lebih pasti Mat Sabulah orangnya yang mengarahkan supaya para pemuda PAS turun beramai-ramai ke jalanan bagi menuntut keadilan yang direka oleh pemimpin berotak monyet seperti Mat Sabu ini. Perkara yang boleh diselesaikan dengan cara elok dan boleh dibawa berbincang tetap juga mahu memilih jalanan sebagai jalan penyelesaian.
Sama-sama kita saksikan...
Eeeee...geli geleman aku nengok muka Mat Syabu...dari muda sampai tua hidupnya sia sia!!
ReplyDeleteutusan dh jilat mat sabu plak rini...perang saraf ke ape?
ReplyDelete