Thursday, November 14, 2013

AZMIN KRITIK KHALID GAGAP TENTANG BAJET RAKYAT NEGERI SELANGOR 2014!!

DRAMA persengketaan antara Azmin dan Khalid tidak pernah berakhir sehinggakan ke hari ini apabila kedua-dua tokoh besar di Selangor sekali lagi tidak sependapat tentang bajet kerajaan negeri Selangor yang akan dibentangkan pada Persidangan Dewan DUN tidak lama lagi.

Dikhabarkan Azmin dan beberapa orang ADUN Pakatan Haram yang lain tidak setuju dengan bajet yang dikemukakan oleh Khalid Ibrahim kerana tidak mementingkan rakyat sehinggakan bajet untuk bencana alam berjumlah RM100 juta dipotong dari bajet sedia ada dengan alasan Khalid bahawa kes banjir tidak penting dan tidak memerlukan peruntukan tambahan.

Memorandum juga telah dihantar kepada MB Selangor ini namun setelah dibentangkan sekali lagi tiada satu pun perubahan waima cadangan dari ADUN yang bersama Azmin juga tidak didengari oleh Menteri Besar Selangor.

Yang lebih memedihkan apabila ADUN Pelabuhan Klang ini menipu semua ADUN dari Kem Azmin untuk memanggil mesyuarat bagi membincangkan bajet negeri Selangor 2014 yang akan dibentangkan, namun sehingga ke hari ini tiada surat panggil mesyuarat yang dikeluarkan oleh pejabat MB.

Pertelingkahan antara Azmin dan Khalid nampaknya semakin parah. Persefahaman dalam parti juga semakin hancur walaupun berketuakan Anwar Ibrahim yang sama. Apakah yang terjadi? Adakah PKR akan hancur di Selangor?


1 comment:

  1. Peruntukan untuk banjir kena cantas supaya peruntukan untuk mesyuarat exco keluar negara bakal diteruskan. Hanya berlaku dalam pentadbiran PR Selangor...

    ReplyDelete

comment please.....