Friday, October 4, 2013

LAPORAN AUDIT NEGARA: KENAPA HANYA MENTERI YANG JAWAB? MANA SUARA KSU DAN TKSU KEMENTERIAN??

Ramai yg bertanyakan apa pendapat saya berkenaan Audit Negara. Yg lebih sinis bertanya "kenapa senyap"?

Ini Pandangan Saya.

1) Laporan Ketua Audit MESTI diperhalusi dengan terperinci. KERAJAAN (MENTERI TERMASUK KSU, TKSU, SUB DAN LAIN JAWATAN TINGGI) perlu bersama2 memikul tanggungjawab jawab menjawab segala sesuatu yg diperkatakan. PERLU DI INGAT KEMENTERIAN BUKAN HANYA MENTERI SAHAJA YG BERTANGGUNGJAWAB, pada hemat saya orang yg lebih hampir adalah Org Kuat Kementerian (KSU, TKSU, SUB dll).

Menteri memang bertanggungjawab tetapi saya merasakan Tanggungjawab KSU, TKSU, SUB sebagai pegawai kerajaan yg paling tinggi dan paling hampir dengan pengurusan perlu lebih berani menggalas beban ini. Sebagai contoh, printer berharga RM14000, hilang gari, kasut, kenderaan adalah TIDAK LOGIK Menteri yg dipertanggungjawabkan SECARA KHUSUS.

Pada hemat saya tugas Menteri lebih kepada perlaksaanan Dasar Dasar. Rata2 saya melihat ketirisan laporan audit lebih kepada kepincangan pengurusan.

2) Laporan Audit juga sebenarnya memberi petunjuk 'Health Check' atau Tahap Pengurusan sesuatu KEMENTERIAN. KEMENTERIAN DI SINI BUKAN HANYA PAK MENTERI ATAU TIMBALAN, tapi keseluruhan KEMENTERIAN. 

Apa yg selalu berlaku selepas laporan Audit, akan ada suara sinis membalun Menteri2 yg secara tak langsung MEMBALUN UMNO kerana tujuan tertentu, sedang rata2 isu yg diketengahkan adalah isu PENGURUSAN KEMENTERIAN. 

LAPORAN AUDIT SEBENARNYA PERLU DILIHAT LEBIH DARI SEGI POSITIF. MEMPERBAIKI APA YG TIDAK ATAU KURANG BAIK DAN BUKAN MENCARI SALAH (LEBIH2 LAGI ISU POLITIK). As a person who comes from corporate world I have always welcome good audit. Its a tool to improve never to blame.

3) Laporan Audit juga perlu 'adil, telus dan tidak meragukan'. Sesuatu fakta yg hendak diletakkan didalam laporan akhir mesti mempunyai matlamat menepati roh atau tujuan sesebuah audit. 

Sudah menjadi sesuatu yg normal, sebelum sesuatu fakta dimasukkan ke dalam laporan akhir, keterangan dari pihak yg diaudit sebagai 'keterangan balasan' perlu diteliti sebaik mungkin. 

Ini untuk memasti audit itu lebih bersifat objektif dan bukan bersifat 'menghukum'. Nak kritik memang senang.

4) Sebaik sahaja laporan di keluarkan terdapat banyak laporan balas dari Kementerian yg berkenaan, menyatakan keterangan balasan dan ini secara tidak langsung menunjukkan tanda tidak setuju dengan laporan audit. Atau ada alasan munasabah diutarakan dari yg di audit meragui fakta2 dlm audit. Ini sebenarnya perlu berlaku sebelum laporan dikeluarkan.

Keterangan balasan perlu diperhalusi kerana jelas secara tidak langsung menunjukkan laporan Audit sudah mula dipersoalkan. 

HARAPAN SAYA ADALAH KITA LEBIH BERSIKAP PROFESSIONAL DAN POSITIF TERHADAP LAPORAN AUDIT NEGARA. DAN KETUA AUDIT NEGARA PERLU LEBIH BERHATI HATI UNTUK MENJAGA KEDAULATAN LAPORAN AUDIT NEGARA.

RENUNG2KAN. .. SELAMAT BERAMAL.

Saiful Zaini bin Mohd Bokhari
Former Accountant at Shell Malaysia
Master Degree in Accountancy & Finance
Lancaster University

1 comment:

  1. salah urus, seleweng atau pagar makan padi tidak akan berakhir. cumanya umum mahu melihat adanya satu tindakan susulan dan hukuman yang bersifat deterrence.

    ReplyDelete

comment please.....