Monday, September 9, 2013

PEMILIHAN SEMULA CEC BUKTI DAP SEMAKIN RASIS TERHADAP BANGSA LAIN!!

PEMILIHAN semula CEC DAP yang akan dibuat tidak lama lagi membuktikan yang DAP adalah sebuah parti Cina dan bukan lagi sebuah parti berbilang bangsa yang digembar-gemburkan oleh Joseph Guan Eng. 

Bukti menunjukkan seramai 753 orang perwakilan yang terdiri dari kaum India seluruh negara dinafikan haknya untuk mengundi. Walaupun kaum India adalah Ketua Cawangan DAP mereka tidak pernah mendapat surat jemputan untuk menghadiri perhimpunan agong DAP sebelum ini.

Majoriti yang hadir hanyalah Cina rasis kiasu yang sudah semestinya memilih golongan Cina sendiri sebagai ketua mereka. Aku tak nampak yang suara kaum India dan Melayu boleh didengari dalam DAP sendiri. 

Imej DAP sedikit demi sedikit tercalar atas pemilihan semula CEC kali ini. Nampaknya Joseph Guan Eng bukan sahaja rasis terhadap Melayu, malah India juga turut menjadi mangsa rasis mereka dengan meminggirkan terus mereka dari DAP. 

Maka bercempiaranlah puak Cina rasis dalam DAP yang setuju seratus peratus menyokong Joseph Guan Eng dan kroni mereka untuk terus menguasai parti tanpa sebarang pertikaian. Susunan gerak kerja telah mereka mulakan sejak dari awal dengan mengenal pasti perwakilan mana yang tidak akan mengundi Joseph Guan Eng dan cai nya, maka individu itu pasti tidak akan diberitahu tentang pemilihan CEC.

Jadi kepada pemimpin India, apa lagi yang kalian tunggu dalam DAP? Kalian pasti tidak dapat apa yang Cina dapat dalam parti. Kepada orang Melayu dalam DAP, masih tidak sedarkah kalian untuk menjadikan Melayu sebagai hamba di Tanah Air sendiri? Berapa orang pemimpin Melayu yang menang jawatan tertinggi dalam DAP?

Fikirkan. DAP sememangnya parti rasis.

No comments:

Post a Comment

comment please.....