Friday, September 27, 2013

MAT SABU MARAH DENGAN PERANGAI AHLI PAS YANG KAITKAN BELIAU DENGAN SYIAH!!!

Jarang benar boleh tengok Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu melatah dan merungut dengan apa sahaja masalah dan keburukan yang melanda partinya sebab kerap kali yang dia nampak dan selalu bising ialah mengenai BN lebih-lebih lagi UMNO.

Pendek kata sekelumit zarah pun pada Mat sabu tiada yang baik berkaitan UMNO, asal naik pentas ceramah dan pegang saja microphone dari ayat awal hingga penyudah isi ceramahnya tak lain tak bukan duk maki UMNO, hamun BN, londeh pemimpin UMNO dan kritik dasar BN tanpa kira betul atau salah.

Tapi entah apa ke mimpinya pula tak semena-mena semasa diwawancara oleh portal Malaysia Insider semalam Timbalan Presiden PAS yang sedang di ambang kejatuhan ini terpaksa mengeluh sakan sambil menghentam dan mengkritik parti sendiri sampai terlondeh habis luar dalam.

Mat Sabu buat pertama kalinya mengakui dewasa ini sedang berlaku perubahan mendadak yang baru disedarinya betapa buruk reformasi minda yang sedang menjajah pemikiran ahli dan pemimpin PAS.

Katanya, “Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat. Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti.”

Selama ini asyik duk sibuk selak cari koyak kain orang lain, nah sekarang seluar dalam sendiri compang-camping koyak sana bertompok sini baru nak perasan.

Diungkitnya juga tindakan ahli dan penyokong PAS yang melakukan serangan secara terbuka terhadap pemimpin PAS melalui laman sosial seperti FB, blog serta tak kurang juga melalui SMS. Satu senario teruk dan buruk yang tak pernah terfikir dalam kepalanya akan menjangkiti PAS.

Paling dikesalkan Mat Sabu bila mana wujud penyakit label-melabel di mana ada pemimpin PAS dipanggil sebagai geng Syiah dan liberal semata-mata untuk menjatuhkan seseorang pemimpin PAS sempena menjelangnya pemilihan di Muktamar PAS Ke-59 November tahun ini.

Siapa yang dimaksudkan geng liberal kita tahulah ia merujuk pada puak Anwarinas, tang tu tidaklah begitu terguris jiwa raga Mat Sabu. Yang bikin panas hati Mat Sabu tentulah tang label Syiah, kerana label itu sering dikaitkan dengan Mat Sabu dan gerombolan yang memujanya.

Apa pun, setelah 35 tahun Mat Sabu dibuai mimpi indah mengenai PAS dan selama ini hanya fokus memburukkan UMNO dan BN, kini baru sedar penyakit buruk perangai sedang membusuk dalam PAS disebabkan pemimpinya gila kuasa berebut jawatan.

Cuma dalam rungutan panjang lebarnya itu, Mat Sabu terlupa menyebut satu perkara bahawasanya diri dia sendiri pun terlebih-lebih buruk perangainya terutama sekali selepas menjadikan Khomeini Latnatullah sebagai idola yang membentuk pemikirannya. - MyKMU

2 comments:

  1. Malangnya PAS makin diJAHANAMkan MUSUH ISLAM/MELAYU yg. makin berlambak dlm. PAS!

    Saya sendiri pernah berjumpa Mat Sabu - saya syak dia ini dari puak Cina (muka dan perangai seolah mcm. Cina SAMSENG DAP). Puak Kristian Zionis sering menyamar sebagai orang Islam, termasuk utk. terus MENJAHANAMkan PAS sebagai parti Islam tulen, serta menjatuhkan Islam/umatnya dari dlm, termasuk dgn. menyebarkan fahaman Syiah, Komunis dan Kristian Zionis, dan menjatuhkan Malaysia (dan negara Islam lain) sbg. NEGARA ISLAM! Sebab itu makin ramai si kononnya-'Islam' yg. ganjil/kurang ajaq dlm. PAS, termasuk yg. membuat lapuran polis ke atas Mufti Kedah kita yg. menghentam fahaman Syiah. Dan tidak mustahil mana-mana pemimipin PAS yg. ingin bersatu dgn. UMNO, akan disasarkan MUSUH ISLAM/MELAYU ini utk. diracuni!

    Fahaman evangelis Kristian Zionis, ialah doktrin gabungan Kristian Protestant palsu dan pengganas Yahudi Zionis, SENJATA politik merbahaya yang mempergunakan agama, oleh penjajah Barat-Israel melalui CIA-US/MI6-UK/Peranchis/Jerman/Israel-Mossad/EU-NATO (di Malaysia melalui sekutu mereka, DAPBANGKAI/PKR). Fahaman ini dipergunakan untuk menjatuhkan Islam/umatnya, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, iaitu Mekah di masa hadapan dan seluruh negara-negara Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll). Bahkan Vatican juga telah dikuasai puak Kristian Zionis ini. Dan Zionisme adalah fahaman bertuhankan SYAITAN - jika perhatikan lambangnya dgn. amat teliti, lambang "star of david" hampir serupa dgn. lambang pengikut Syaitan/Satanisme - sebab itu mereka boleh membunuh Bumiputera Islam Palestin (dan umat Islam lain) beramai-ramai (Genocide), sesuka hati, selepas MENJAJAH Palestin dgn. BUAS, dan mahu MENJAJAH seluruh Dunia Islam yg. kaya minyak-gas!

    Maka tidak mustahil ada PENYAMAQ Bukan Islam dlm. PAS - termasuk menyamaq jadi puak Syiah, kerana kalau mereka buat ibadat bukan berpandukan Sunnah Wal Jamaah, mereka akan dituduh sbg. puak Syiah sdgkan mereka mungkin Bukan Islam yg. samada tidak tahu mengamalkan hukum Islam dgn. cara betul, atau memang mahu memesongkan ajaran Islam. Ini ialah kerana antara MO PENJAJAH KAPIR ganas Barat-Israel, ialah melatih Bukan Islam, termasuk untk MENYAMAQ sbg. pejuang Islam, untuk melagakan dan memperdayakan contohnya puak Shiah-Sunni sampai berbunuh sesama sendiri atau dibunuh amat kejam pengganas Bukan Islam itu, seperti di Palestin, Libya, Yemen, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Sudan, Nigeria, Lebanon, selatan Thailand/Filipina dan Iraq, dan kemudian di Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN, AL-QAEDA, Al-SHABAAB dan banyak lagi, adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam (lihat http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a-state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013).

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    ReplyDelete
  2. ABANG MAT SABUN TAK PAYAH TERKEJUT DENGAN PERUBAHAN INI, KERANA SETIAP INDIVIDU WARAS DAN BERAKAL SENTIASA PERLUKAN PERUBAHAN @ TRANFORMASI KE ARAH YANG LEBIH BAIK DAN TIDAK STATIK......TAPI SAYANG ABG MAT TIADA SEMUA CIRI-CIRI ITU, ABANG KAKU DAN JUMUD UNTUK BERUBAH, ANDA MASIH DENGAN DOKTRIN LAMA YANG SUDAH BASI DAN TAK SESUAI DENGAN TUNTUTAN ZAMAN, KEDUNGGUAN DAN KEBENGGAPAN ABANG MAT JELAS TERSERLAH DALAM MENYUARAKAN BEBERAPA ISU CONTOHNYA DALAM ISU KOMUNIS DAN CHIN PENG....NAMPAK SANGAT KEBODOHAN ABG MAT,NAMPAK SANGAT KETOLOLAN ABANG MAT, NAMPAK SANGAT ABG MAT TIDAK MATANG DAN TERLAMPAU TIDAK CERDIK SEBAGAIMANA ORANG TUA LAIN YANG SEBAYA DAN SEANGKATAN DENGAN ABANG MAT.....ABANG MAT PERLU SEDAR RAKYAT KINI MAHUKAN PEMIMPIN YG ADA VISI DAN MISI DAN BUKAN LAGI PEMIMPIN YANG BERTERIAK BODOH DIPENTAS CERAMAH DENGAN MEMPERLEKEH DAN MEMPERSENDA ORANG.....ZAMAN LAWAK DAN ZAMAN BERTERIAK, MELOMPAT DAN MENCERCA DI PENTAS SUDAH TAK RELEVEN LAGI SEBAGAIMANA ZAMAN 70 DAN 80 AN....KINI RAKYAT NENDEPANI ALAF BARU YANG PENUH CABARAN.....HAMBA RAKYAT SUDAH BERUBAH, ABG MAT BILA LAGI......? KALAU TAK BERUBAH RAKYAT SEDIA UNTUK MENGUBAH.....yang ikhlas BEKAS AHLI PAS JELI.

    ReplyDelete

comment please.....