Friday, September 27, 2013

ADUN DAP SABAH KELUAR PARTI SOKONG BARISAN NASIONAL!!!

BARU beberapa bulan selepas pilihanraya, sudah ada ADUN DAP yang melompat parti. ADUN Luyang, Sabah hari ini mengisytiharkan keluar parti DAP kerana didakwa janji-janji pakatan untuk membangunkan dan memerintah negara tidak kesampaian. Surat perletakan jawatannya akan diserahkan pada hari ini juga.

Sedia maklum, Hiew King Cheu memang terang-terang ditentang oleh pemimpin DAP yang lain kerana menyokong Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang Sabah sedangkan barisan kepimpinan DAP yang lain telah sebulat suara untuk menyokong Alfred Bumburing dari Angkatan Perubahan Sabah (APS).

Malah ugutan dari dalam juga dapat dikesan yang mana memang ada gerakan untuk menjatuhkan bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu ini. Kerana sikap Hiew King Cheu yang dilihat menongkah arus dan tidak menyokong calon pilihan DAP, maka riwayat karier politik beliau bakal terkubur hanya sebagai ADUN Luyang.

Sejak dari bulan Ogos yang lalu lagi khabar angin ini telah tersebar namun atas nasihat dan sokongan dari para pengikutnya hari ini beliau terpaksa menyatakan pendirian untuk keluar dari parti yang dilihat rasis dan pentingkan diri untuk berjuang berseorangan malah belum menyatakan pendirian untuk menyokong BN ataupun tidak.

2 comments:

  1. biarkan dia sokong..xyah nk jemput2 masuk BN pulak.lum tau lg tahap sokongan dia nih..

    ReplyDelete
  2. Belum lagi membentuk kerajaan pusat pun dah mula ada ADUN/ MP PR yang keluar parti jadi BEBAS. Bayangkan kalau PR memerintah pusat, dalam setahun pemerintahan akan ramai ADUN/ MP yang isytihar diri sebagai BEBAS, akhirnya mewujudkan suasana tak aman di Malaysia. Tak silap aku memangkah BN pada PRU yang lepas...

    ReplyDelete

comment please.....