Thursday, August 29, 2013

MESEJ TERSIRAT DALAM TERSURAT YB BUDIMAN!! APA ERTI KEMERDEKAAN!! #IM56 #MERDEKA56

MENJELANG tanggal 31 Ogos 2013 yang akan datang pada Sabtu ini bakal mengingatkan kepada 1000 kenangan dalam sejarah pembentukan negara Malaysia merdeka. Pengertian merdeka membawa pelbagai definisi dalam kehidupan setiap individu. Begitu juga hal nya dengan ADUN Sungai Panjang, YB Budiman Mohd Zohdi yang dalam video klip pendeknya memaparkan 1001 mesej tersirat yang perlu didalami oleh setiap rakyat Malaysia.

Mari kita saksikan:




1 comment:

  1. Terimakasih Jawa Bernam dan YB Budiman Mohd. Zohdi - video yg. BERNAS sekali, menggembirakan tetapi juga memilukan, sempena HARI KEMERDEKAAN tercinta kita ini. Gembira tengok semangat orang kampung Islam/Melayu kita, terutamanya anak muda si cerdik ini, tetapi pilu mengenangkan JASA yg. sungguh bernilai, oleh pemimpin UMNO, yg. telah meninggalkan kita, termasuk sampai jatuh sakit akbat perjuangan mereka. Terutamanya BAPA-BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN tercinta kita,Allahyarham-Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein (bapa YB PM kita) dan TPM Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, yg. melancarkan DEB,tengoklah betapa ramainya anak Melayu miskin dari kpg. jadi bijak pandai, hingga sekarang. Dan tengoklah pembangunan berterusan ke kpg-kpg sehingga ada sekolah dan feri diusahakan oleh umat Islam/Melayu sendiri - walaupun perjuangan ini belum selesai, termasuk kena bina banyak lagi jambatan-jambatan utk penduduk kpg, yg masih ramai miskin dan masih perlu pembelaan pemimipin UMNO kita.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    ReplyDelete

comment please.....