Friday, August 23, 2013

GEMPAR!! ANWAR KENA HIV PUNCA PELABURAN SELANGOR MEROSOT 86%!!

Selangor Darul Ehsan merupakan negeri paling kaya di Malaysia dengan kemasukan pelaburan yang tertinggi setiap tahun. Namun, itu semua sudah menjadi sejarah dan kisah silam. Hari ini pelaburan di negeri ini terus menjunam semenjak diambil alih pentadbirannya oleh Pakatan Rakyat. 

Selangor kini berada di tangga ke 4 dengan penurunan kemasukan pelaburan sebanyak 86% dengan hanya mencatatkan RM1.8 billion pada tahun 2012 berbanding RM11.7 billion pada tahun 2011. Senario yang sama juga dilihat di Pulau Pinang di mana negeri itu mencatatkan penurunan jumlah pelaburan sehingga 73%. 

Tahun         Jumlah pelaburan

2013 = ?

2012 = RM1.8 billion
2011 = RM11.7 billion

(Kadar penurunan pelaburan di Selangor turun 86%, rekod terburuk dalam sejarah kerajaan Selangor.)

Dengan jumlah penurunan yang begitu drastik lagi dramatik, Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menuding jari kepada sesiapa. Setelah sepenggal memerintah, PR akhirnya telah gagal sama sekali untuk membuktikan bahawa parti itu lebih bijak dan lebih cekap berbanding Barisan Nasional.

Kerajaan Selangor tidak boleh mendabik dada dengan jumlah simpanan deposit yang tinggi. Umum tahu sumber simpanan kerajaan negeri datang dari penjualan aset-aset hartanah milik anak syarikat kerajaan negeri dan kutipan cukai yang tegas melalui PBT. 

Akibat tiada perancangan tuntas, maka tiada projek pembangunan dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan Selangor. Itu juga antara sebab kenapa simpanan deposit kerajaan negeri kekal tinggi. Mereka tidak berbelanja.

Berbalik kepada isu pelaburan, para pelabur tidak yakin dengan kredibiliti PR. Malah, tidak mustahil pelabur sebenarnya takut dengan gelagat pemimpin PR yang gemar membuat huru-hara. Baca lagi di SINI.

1 comment:

  1. Hadiah terbaik dari pakatan rakyat untuk rakyat, mereka saja yang pandai, yang baik, yang telus, yang perihatin, orang lain semua tak betul

    ReplyDelete

comment please.....