Friday, August 16, 2013

GANAS!! MENTERI KDN ZAHID HAMIDI BAKAL PECAT KETUA POLIS DAERAH!!!

TEGAS! Itulah perkataan yang sesuai buat Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan segala tindak tanduk beliau yang semakin lama semakin menyerlah. Tahniah Dato' Seri kerana mendengar denyut nadi rakyat yang selama ini dilihat hanya terawang-awangan tiada siapa mahu mendengar dan melaksanakan.

Semalam, sempat bersembang dengan beberapa orang rakan tentang isu semasa yang berkisar sekitar Selangor khususnya. Pusat-pusat judi haram serta pusat karaoke di beberapa kawasan telah ditutup serta merta atas arahan dari Menteri KDN ini.

Beliau juga turut memberi arahan juga amaran kepada semua Ketua Polis Daerah agar memantau segala pusat-pusat judi haram dan karaoke haram di kawasan masing-masing agar memastikan yang semua premis ini tidak beroperasi lagi. Jika didapati masih juga beroperasi, tindakan tegas bakal diterima sehingga mana-mana Ketua Polis Daerah yang tidak mengikut arahan boleh dikenakan tindakan dipecat dari perkhidmatan.

Itulah antara perkara yang membanggakan KDN dengan kehadiran Menteri baru kali ini. Zahid Hamidi telah membuktikan yang beliau bukanlah seorang Menteri yang hanya tahu mencium keris tanpa mengasap kemenyan atau tanpa perahan limau. Menteri kali ini betul-betul mengotakan janjinya.

Penguatkuasaan ini telah dibuat di Selangor, negeri lain tidak tahu pulak. Tapi yang penting, daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor telah disahkan oleh beberapa orang kawan aku yang telah aku hubungi. Sehinggakan ada beberapa orang kawan yang memang tahi judi merungut kerana sudah tidak ada lagi tempat untuk melepaskan gian masing-masing.

Pencapaian yang bagus setakat ini. Tahniah Dato' Seri. Kami berbangga punya Menteri 'ada telur' macam Dato' Seri.

29 comments:

  1. Bravo!! Datuk Seri Zahid!! Our future Prime Minister...

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada DS Zahid...semoga DS ambil perhatian kedai2 judi dam machine slot di hutan melintang

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH DATO' SRI....SEMOGA ALLAH MUDAHKAN DATO' SRI MENGGALAS AMANAH INI DENGAN BAIK.

    ReplyDelete
  4. well done DS Zahid.

    ReplyDelete
  5. Patut ketua polis ada KPI untuk Kedai Kuda/Pusat pelacuran/Pendatang Asing.

    Setiap balai akan mendapat bonus 20% dari hasil rampasan, komputer yang dirampas hendaklah diformat semuala dan di sedkahkan kepada sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju sangat dengan cadangan itu

      Delete
  6. Pihak PBT beri lesen, Premis d bawah pentadbiran meka, TNB bagi Electri, Telekom Beri Line dan Broadband, Jabatan Air bekal Air, Jgn Polis aja, Jabatan Imigresen pun terlibat, Kastam pun terlibat( Jual Arak) , Ginas terlibat dvd tu ori atau cetak rompak atau tidak, Polis harap pada D7 lain cawagan tak boleh kacau, bila bab nak jawap KPD dan KPB..sepatutnya pencegahan ini d letakkan di Balai sebab balai lebih tahu kawasan meka, JSJ siasatan kes setelah d lapurkan, yg untung sebelah pihak yg rugi pihak yg lain, sampai bila pun madalah ini tak akan selesai, Serupa juga dgn MLV , URB letak kan di Balai bukan d IPD , balai akan jaga kawasan meka, dan meka bertanggung jawap dgn kawasan meka, jika letak di Bawah Ibu pejabat Daerah , Mpv dan UBR tidak ada rasa tanggung jawab sebab mereka rasakan indek jenayah tidak melibatkan mereka, Balai terlibat yg akan menerima bahangnya, So kita rasakan kena bancuh balik cara pendekatan PDRM, apa yyg kita perhatikan cawagan D7 yg bertanggung jawap..so pengusaha akan jada meke ini, termasuk pihak berkuasa yg lain, hanya bahagian tertentu meka akan jaga, yg lain tak ada kuasa. Ikan busuk dari kepala, Bayang bengkok sebab dahan bengkok..itu aja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulasan menarik dn dipersetujui.

      Delete
    2. Stuju.. semua kena main peranan trutamanya pihak berkuasa tempatan jgn keluarkan lesen dgn sewenang wenangnya.

      Delete
    3. KPD bertanggungjawab keatas semua Balai2 dan Cawangan dibawah Daerah kendaliannya.. jgn marah kalau org kata ada KPD yg makan RASUAH...

      Delete
  7. Harap-harap selepas Dato Seri menang Post di pemilihan masa Perhimpunan Agong Umno nanti, `suara' Dato Seri tak berubah ye!
    Cukup-cukup lah dengan gaya Menteri Amaran dulu......

    ReplyDelete
  8. elok ds cabar Najib sure Najib tergolek Dog..Rakyat da benci kat dia sebenci pada Paklah dului..ooooop lebih lagi dari paklah..

    ReplyDelete
  9. Nak buat,buat betul2..kat Pahang ni belambak tempat judi haram,..semua ada yg jaga .....makan bulan2....Jangan satu Negeri je yg di beri perhatian....

    ReplyDelete
  10. kami rakyat marhaen yang menyokong UMNO cukup tak puas hati perlantikan Azeez Rahim sebagai pengerusi tabung haji. Memang betul Azeez banyak buat kerja kebajikan , tapi dunia perniagaan dengan hal-hal kebajikan ni tak serupa. Lagipun Azeez ni ada 'history' yang tak enak didengari . Takkan lah kita nak ungkit balik cerita2 macam tu ?? Seboleh-bolehnya tak nak malukan Azeez, harap dia boleh fikir sendiri untuk berundur sebelum orang buat pembongkaran. Saya dengar sekarang ni pembangkang sekarang ni dalam diam2 sedang kumpul maklumat pasal Azeez , dan jangan terkejut kalau mereka juga ada gambar2 sebagai bukti . Azeez berundur lahh dari Tabung Haji , jadi je pengerusi di agensi2 lain tapi bukan Tabung Haji . Saya rasa Ali Rustam lebih layak seratus kali dari Azeez untuk terajui tabung haji.

    ReplyDelete
  11. Dulu dalam satu temuramah akhbar , Azeez Rahim dengan lagaknya mengaku dia mempunyai Ijazah perniagaan dari sebuah University tertua di US iaitu University Preston , lepas tu dia terkantoi bahawa Univesity Preston ni mmg ada tapi universiti yang jual ijazah . Maknanya Azeez dalam menaikkan imej dia sanggup beli ijazah dari universiti preston ni . Apa cerr , ini ka orang yang ada kredibiliti ? Dalam laman web tabung haji masa Azeez jadi salah sorang lembaga pengarah, dipaparkan latar belakang pendidikan ada degree dalam Universiti Preston , tup tup lepas terkantoi... dia boleh padam pulak maklumat tu dari laman web tabung haji . Baiii ... macam ni ka kerajaan lantik orang jadi Pengerusi Tabung Haji . Benda dah diperkatakan oleh rakyat , tapi muka tebal tak reti nak berundur...memalukan lahhh !!!

    ReplyDelete
  12. Tak perlu ali rustamlah.orang yang sombong dan tak tau tetapi masa.hampeh.depan ahli umno memanglah tunjuk baik, tanyahlah orang yang tiada kepentingan yang berada bersama samanya dulu.sombong

    ReplyDelete
  13. ...perkara ni bukan baru...sejak kerajaan negeri baru...JAIS diperaktifkan menangkap sesiapa yg masuk premis judi..Harap Zahid fokus di Perak..dimana klu di T Intan ,,,malah kawasan Bagan Dato' sendiri begitu ramai org islam begitu mudah masuk kedai2 ekor tanpa segan silu.

    ReplyDelete
  14. Tengok juga kat kawasan pekan kecil/luar bandar. Masih ada mesin slot judi beroperasi, tak pedulilah berlesen ke tidak, judi tetap haram, yg banyak masuk main org Melayu. Apakah PDRM tak tahu?

    ReplyDelete
  15. Dah thu haram lg nak main mesin. Lepastu nak salahkan kerajaan dn penguat kuasa. Inilah manusia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuuuu!!! Semua nak salahkan kerajaan, agak2 kalo anak diorang ni eksiden sbb merempit tgh2 malam pun nak salahkan kerajaan jugak kot?

      Delete
  16. Harapx tak jadi penyapu baru jer..."new broom sweep clean".. Penang semua ada. Ayuh gasak kat Penang juga DS Zahid. Kat Penang depa lagilah bermaharajalela..

    ReplyDelete
  17. kalau maintain dgn rentak ni, bagus zahid berbanding hisham menjadi MY FUTURE PM...hehehehe. bye bye hisham. u're fail

    ReplyDelete
  18. Sya setuju 200% klu betul Ds zahid kotakan janjinya.. jgn hangat2 tahi ayam aja sudah lah. Kedua jgn polis aja di persalahkan dan dipertanggungjawabkan dlm hal ini, sebab jabatan lain dan kerajaan tempatan perlu di pertanggungjawabkan juga. Sebagai rakyat yg perihatin kita juga perlu menyalurkan maklumat dan kerjasama agar ianya berjaya ditangani. Klu makkumat dan kerjasama dah diberi tiada tindakan laporkan kepada SPRM agar tindakan seterusnya dapat di ambil. Kerjasama kita amat perlu untuk merialasasukan usaha ini.

    ReplyDelete
  19. Tok Pek Kong Said:

    Mana ahli Parlimen Lumut (PKR) yg menang ?.. janji nak tutup pusat hiburan yg berlambak di sekitar Manjung dan Sitiawan termasuk Pusat Karaoke Carlbergh berhampiran Masjid Sitiawan....Mana ??

    ReplyDelete
  20. ds zahid tlg lah setup taskforce tim nk benteras pusat judi cyber cafe ni...rumahtangga mck sy asyik berantakkn je sbb duit gaji laki abes bg kt tokey kominis tsb...nasihat dh berbuih...nk d debik org tua...kubo dh memanggil pon xsedar2 lg...aduh pening pale pikir mcm mana kominis ni porak perandakn keluarga org melayu...sy merayu sgt ni ds zahid...tlg lah rakyatmu ini...

    ReplyDelete
  21. Di Lunas, Kedah... Tokong Cina yang dibina di dalam kawasan taman perumahan membuat konsert terbuka kononnya nak halau hantu. Memekak and melalak dari waktu Maghrib hingga larut malam. Menganggu penduduk untuk bersembahyang Isyak dan tidur.... Peliknya OCPD boleh tutup mata dan beri permit polis untuk buat bising...Katanya tiada complaint. Patut le kami complaint setiap tahun senyap aje sebab Pengerusi Tokong Cina tersebut yang buat bising tu pon anggota Polis !!!!

    Setiap tahun kami sangsara angkara konsert halau hantu ni. Siapa hantu sebenarnya ????

    ReplyDelete
  22. teruskan usaha.....dato seri..bukan setakat itu sahaja...'budak hitam' student pun kena bersihkan juga....psl dah melampau sgt sekarang ni...

    ReplyDelete
  23. siasat aje semua polis yang kat IPD tu....semua meragukan...kata org putih pun the public silent....org awam semua tahu tapi x boleh nak buktikan....

    ReplyDelete

comment please.....