Wednesday, July 17, 2013

HINA ISLAM, HINA MELAYU HANYA TERLEPAS TERBEBAS DENGAN UNGKAPAN 'MAAF'!!!

BERUNTUNGNYA jadi orang bukan Islam yang secara terang, secara terbuka mengutuk, menghina, mengeji agama Islam, umat Islam di Malaysia. Lebih beruntung lagi apabila individu atau kumpulan yang menghina agama Islam, bangsa Melayu, Raja Melayu terus diberikan 'makam' tertinggi dalam kerajaan yang agama rasminya adalah agama Islam. Lebih hebat kelihatan orang kafir yang tidak tahu apa-apa tentang Islam disediakan, dipanggil oleh menteri Islam untuk membuat permohonan "MAAF" secara terbuka. 

ITU SAJA KE MARUAH ISLAM DI MALAYSIA??

Jika beberapa hari yang lepas, pasangan seks Alvivi 'DIJEMPUT' oleh SKMM untuk diambil keterangan dan merakamkan permohonan MAAF mereka ke dalam YouTube dan proses ini hanya mengambil masa kurang setengah jam.

Semalam, Duta Vatican City, Joseph Marino setelah dijemput dengan KARPET MERAH oleh Menteri Luar, Anifah Aman di Wisma Putra siap ber'escort' polis lagi. Selepas diberi kata dua oleh Anifah dan diberi penerangan supaya tidak mencampuri urusan Malaysia barulah Joseph nak minta MAAF. Namun maaf hanya pada mulut, belum lagi secara rasmi dari Vatican City.

*******************

Ini adalah antara banyak-banyak kes yang terjadi sebelum-sebelum ini yang mana penguatkuasaan undang-undang masih belum pernah dipakai oleh kerajaan. Kita boleh lah lupakan individu-individu lain yang telah terlepas akibat dari kelemahan penguatkuasaan. Seperti guru Cinabeng yang menghina Islam di Johor, Namewee yang menghina lagu Negaraku, Cinabeng yang menghantar memorandum bantah laungan azan di Sarawak dan Teresa Kok yang menghilangkan tulisan jawi di papantanda jalan di Selangor.

Selepas menghina, mencerca Islam serta Melayu pasti mereka-mereka ini akan meminta maaf. Murahnya maruah Islam dan Melayu hanya melafazkan MAAF. Apa lagi yang mampu kita rakyat biasa ini lakukan melainkan desakan demi desakan. Pemimpin punya kuasa namun kuasa yang ada hanya tersimpan didalam poket telur masing-masing.

Dimana pula kumpulan-kumpulan pendesak Melayu & Islam? Adakah hanya GANAS di sidang-sidang media. Panggil semua media hadir, beri amaran sepatah dua kata lepas tu senyap kembali. Dimana PERKASA, PEKIDA, PERTIGA, BATAS? Hanya berani bergaduh sesama Melayu, hanya pandai menengking sesama Melayu. Hal perempuan, arak, tarik kereta nombor satu tapi apabila ada isu tentang Islam dan Melayu terus senyap membisu. 

Dengan siapa lagi kita umat Islam dan Melayu boleh bergantung harap? UMNO & PAS tidak pernah terfikir hendak bersatu. Kedaulatan Islam terus diporak-perandakan oleh makhluk-makhluk durjana dunia kafir. Mereka mahu Islam hancur dari dalam dengan meletakkan proksi-proksi mereka yang menghancurkan seperti Anwar Ibrahim. Masihkah ada harapan agama Islam dan Melayu akan terus menjadi tuan di bumi Malaysia? Sama-sama kita renungkan.


3 comments:

  1. Senang betul orang kapir dan bangsa lain nak mempermainkan bangsa melayu, adat istiadat, raja2 melayu dan agama islam..buat laa apa benda pun..last sekali minta maaf secara terbuka dengan mengatakan tiada sebarang niat untuk menghina bangsa, agama, kesultanan melayu...lepas tu pemimpin melayu, menteri dan AG kata ok takpe semua dah beres sebab yang didakwa telah mohon maaf..sedangkan mereka tau ke permohonan maaf sikapir tu bukan nya ikhlas..sebab kalau ikhlas daripada awal lagi mereka ni tak menyentuh soal tersebut.

    Mohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan bertindaklah mengikut undang2 yang ada..jangan sampai ada dikalangan rakyat yang hilang sabar lalu mengambil tindakan mengikut kata hati..jangan biarkan perkara saperti nasi menjadi bubur...

    ReplyDelete
  2. DUNIA AKAN KIAMAT SETELAH TIADA UMAT YANG MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH
    BIAR KAFIR DENGAN DUNIA INI
    HANYA ALLAH YANG TAHU DISEBALIK SETIAP KEJADIAN YANG BERLAKU

    ReplyDelete
  3. Dimana PERKASA, PEKIDA, PERTIGA, BATAS? Hanya berani bergaduh sesama Melayu, hanya pandai menengking sesama Melayu. Hal perempuan, arak, tarik kereta nombor satu tapi apabila ada isu tentang Islam dan Melayu terus senyap membisu. <--- aku paling suka dengar dan baca ayat nie.. apa guna ayah kebenda.. abang serong.. kakak lopong.. serta pengikut2 .. yg mashsyuk dgn gelaran.. lencana .. tp.. bila ada isu Islam dan melayu di keji.. hilang lak kat lubang cacing.. oiit.. ayahda MUS .. NURUL .. buang jer gelaran tu.. kalau tak pandai nak backup melayu

    ReplyDelete

comment please.....