Monday, July 29, 2013

GEMPAR!! KAFE MILIK PENIAGA CINA TIADA TANDA HALAL NAMUN MASIH BEROPERASI!!

SEMALAM dikala orang bandar balik ke kampung halaman masing-masing, begitu juga dengan aku yang boleh digelar sebagai anak perantau mencari rezeki di kota besar walaupun jarak antara kampung dan kota besar tersebut hanya memakan masa 2jam perjalanan. 

Sempatlah berjumpa beberapa orang rakan kampung yang sudah lama tidak bertemu kerana tugasan masing-masing. Sempat berborak berkenaan perkembangan semasa, masalah kampung halaman serta gosip-gosip liar di kawasan.

Tiba-tiba entah macam mana timbul pula cerita berkenaan Majlis Daerah Sabak Bernam & Jabatan Agama Islam Daerah Sabak Bernam yang baru-baru ini ada buat 'rush' dibeberapa premis makanan, dan antara yang dikenakan kompaun adalah premis makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) Sungai Besar kerana tidak menjaga kebersihan di belakang premis mereka.

Dalam seronok bercerita mulalah timbul cerita premis-premis makanan atau cafe-cafe milik pengusaha Cina di Sungai Besar yang semakin bercambah dan ada yang tidak punyai langsung sijil pengesahan halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Antara yang disebut dan sedang popular di pekan kecil Sungai Besar adalah Kafe MaMawe yang baru dibuka cawangannya di Sungai Besar Business Center (SBBC).

Kafe MaMawe memang tidak asing lagi dikalangan anak muda yang inginkan suasana santai untuk berborak. Memang agak terkenal dan popular lah di pekan kecil ini. Namun yang memeranjatkan adalah kafe ini tiada sijil halal dan logo halal dari JAKIM pun tidak pernah dipamerkan kepada para pelanggan yang rata-ratanya adalah pemuda-pemudi Melayu dan beragama Islam.

Menggunakan taktik biasa dengan menggaji pelayan-pelayan muda Melayu beragama Islam bagi menarik perhatian ramai merupakan taktik biasa bagi sesetengah pemilik kafe. Namun apabila masuk ke dalam bahagian dapur seorang Melayu pun tidak ada. Dari penyediaan minuman, sehinggalah masakan semuanya disediakan oleh orang bukan Islam. 

Bagaimana nak sabitkan kafe ini tidak halal? Kenapa tiada penguatkuasaan oleh majlis agama daerah? Itu yang menjadi kemusykilan dan pertanyaan aku kepada teman-teman sekampung. Mereka juga tidak punyai jawapan yang sahih melainkan semuanya sekadar andaian belaka. Mungkin pegawai agama sibuk. Mungkin tiada laporan. Mungkin tiada aduan yang diterima. Itu antara alasan yang diberikan.

Tapi mengikut teman aku yang memang bekerja di Sungai Besar mengatakan bagaimana pegawai agama tak tahu menahu tentang ketiadaan sijil halal kafe MaMawe ini sedangkan staff dan pegawai Majlis Agama Islam Daerah pun turut masuk ke kafe ini dan minum/makan di situ. Tak kan pegawai agama pun buta hati???

Itu yang menjadi persoalan kepada aku sampai sekarang. Adakah orang Melayu/Islam zaman ini sudah tidak lagi menitik beratkan soal makanan yang halal dan haram? Adakah para pegawai agama yang sepatutnya memantau sesetengah kafe telah dibayar untuk menutup mulut, membuta mata, memekak telinga dari dikenakan sebarang tindakan? Wallahu'alam.....

Sama-samalah kita nilai. Sama-samalah kita rungkai.

13 comments:

  1. Betapa hebatnya kesan akibat membiar dan merelakan pakatan rakyat memerintah Selangorku.......Hasan Ali gagal mengIslamkan pembangkang tatkala dia menjadi YB di Selangorku.Rosak,bejat,gawat, tunggulah hukuman ALLAH......Sg.Besar belum ada old town white coffe ngangeh ???????

    ReplyDelete
  2. Hasil tarbiah Pas mengislamkan Dapig.Takebeer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya pegawai-pegawai agama tu tak kisah sebab masyuk dan mereka rakan sefuckatan. Tak mau susah-susah nanti kena buat laporan penyiasatan, kena keluar masuk mahkamah, silap-silap kena ancaman bunuh oleh samseng-samseng DAP.

      Lagi pun nak hari rayakan, orang sibuk nak balik kampung mereka nanti sibuk kena stay back dan cuti terhad nak kendalikan kes cafe haram ni.

      Itulah nasib Islam di Selangor...hasil kejayaan mentarbiyah isle pada DAPig! Take beer!

      Delete
  3. pegawai2 tu ramai penyokong PAS,bila pencen nanti istihar masuk PAS. biar je la cafe tu beroperasi demi bisnes kawan2 pakatan yang akan menguntungkan kedua2 pihak. biar ramai buta hati kerana makan mknn tak halal janji sokong pakatan, asal bukan UMNO.

    ReplyDelete
  4. Jawa Bernam perlu hantar artikel BERNAS ini kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia! Bayangkanlah, alat memasaknya guna untuk masak babi, lepas itu bagi orang Melayu/Islam makan! Jahat betul mereka ni - nak MENGHINA Islam/umatnya, serta MENIPU, di NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kita ini!

    MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    ReplyDelete
  5. Di bandar baru salak tinggi depan hotel empress ada kedai jual arak secara terbuka. Bagus kerajaan pakatan ni terbaiklah

    ReplyDelete
  6. cina ni dah memang haram jadah. yang bijak sangat makan kat tempat yg takde tanda halal siapa suruh? cina tu dah sah kuat menipu so paksa la dia letak tanda "tidak halal". tak payah kelulusan apa kalau letak tanda "tidak halal". pergi la desak. jgn cakap je

    ReplyDelete
  7. Kami siap "ambush" dari belakang awal tahun hari tu, nampak bersih tp xde melayu sediakan makanan just pelayan. salah seorang rakan siap warning, tanggalkan logo halal kat depan tu sbb dia check kat Jakim tiada tanda halal di premis tu! dia kata nak mohon....tapi sampai la ni xde pun! Ya Allah bukakan la hati2 org islam yang makan kat situ dan premis2 lain minta sijil halal pd tuan kedai sebelum makan...kita pengguna ada hak!!

    ReplyDelete

comment please.....