Monday, June 17, 2013

SIAPA YANG LEBIH LAYAK MENJADI SETPOL NAJIB JIKA BUKAN EZAM MOHD NOOR??

SEJAK kebelakangan ini kita diriuhkan dengan sebilangan pemimpin dan pengamal media sosial yang bertikam lidah, bertungkus lumus untuk tidak menyokong perlantikan Ezam Mohd Noor sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri yang baru selepas kesemua SETPOL PM sebelum ini digugurkan dengan serta-merta tanpa banyak bicara.

Siapa yang kata Najib tak dengar pendapat akar umbi, tak dengar pandangan pengamal media sosial? Disebabkan Najib dengar suara bawahanlah kesemua SETPOL nya sebelum ini yang bertanding dan kalah digugurkan. Disebabkan pendapat dan artikel pedas para pemain media sosial jugalah Najib terpaksa mengambil langkah drastik untuk tidak menyambung kembali kontrak SETPOL-SETPOL beliau sebelum PRU13 lagi.

Mungkin aku bukan siapa-siapa jika hendak dibandingkan dengan sebilangan orang yang punyai kuasa dan mempunyai akses untuk berjumpa PM secara direct. Cuma ingin meluahkan sedikit pandangan berkenaan pemilihan Ezam Mohd Noor sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru. Mungkin ada yang tidak setuju jika aku katakan yang aku SOKONG bekas Ketua AMK dan sokongan aku menggambarkan yang pilihan Najib adalah yang terbaik buat masa ini memandangkan situasi politik semasa negara.

Cuma mahu bertanya kepada yang membangkang perlantikan Ezam sebagai SETPOL PM. Dalam banyak-banyak pemimpin dan ikon UMNO di Malaysia ni siapa yang betul-betul mempertahankan Najib ketika diserang oleh pelbagai isu? Ketika Najib dan UMNO diserang dari segenap sudut tidak kira dari dalam mahupun luar siapa yang bersuara mempertahankan kepimpinan yang diterajui oleh Najib? Siapa? Siapa?

Tak ada seorang pun yang berani bersuara kerana nak jaga periuk nasi masing-masing. Tak ada mana-mana individu yang mampu memberi hujah terbaik dalam menangkis isu yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia kita. Jadi tak salah kiranya Najib melantik Ezam menjadi orang kanan beliau dalam pentadbiran. Sekalipun Najib hendak melantik bekas-bekas orang kuat pembangkang sekali pun, aku tidak punya masalah kerana rakyat dapat melihat siapa yang betul-betul membantu Najib.

Pasca PRU13 menyaksikan puluhan pemimpin pembangkang yang keluar meninggalkan parti dan memberi sokongan penuh kepada pentadbiran Najib. Ezam Mohd Noor, Zulkefli Nordin, Zahid Mat Arip, Nallakarupan, Zahrin, dan beberapa lagi nama besar dalam kepimpinan Anwar dahulu telah kembali menyokong kepimpinan Najib. Jangan dilupa juga suara siapa yang berani menghentam Anwar dan mempertahankan Najib jika bukan mereka-mereka ini. Ada pemimpin UMNO yang nak bersuara? Ada pemimpin UMNO yang berani kehadapan menghentam Anwar dengan segala fitnah yang dilemparkan kepada Najib? TIADA................

Itu adalah hakikat yang perlu ditelan. Memang benar ramai pemimpin UMNO yang berpotensi untuk menjadi SETPOL Najib tetapi siapakah orang yang benar-benar berani mempertahankan Najib? 

Janganlah mempersoalkan lagi keputusan Najib. Biarlah Najib yang memilih siapa orang kepercayaan beliau. Kita juga sudah melihat kesan pemilihan SETPOL Najib yang terdahulu dari orang UMNO sendiri yang lebih mementingkan kerusi yang mereka bertanding daripada kerusi bos mereka sendiri. Dalam PRU13 Najib keseorang bersama kepimpinan bahagian Pekan. Semua SETPOL sudah tidak memperdulikan Najib kerana kerusi mereka lebih utama dibanding dengan kerusi Perdana Menteri di Pekan. 

Fikir dan cari jalan bagaimana untuk merangka strategi berkesan bagi menarik semula sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional. Bukannya bertelagah mempersoalkan keputusan Najib. Biarlah Najib memilih siapa pun, kerana itu hak dia dan mandat dia bagi memilih orang harapan dan kepercayaan beliau. "He is the Boss".

18 comments:

  1. pandangan aku la, najib lantik abang kepada saifudin nasotion (entah aku tak erti eja) jadi setpol. lepas tu omar ong, lepas tu ntah sapa sapa lagi aku tak kenal..ni nak suruh ezam pulak?

    aku bukan apa..tak ke rasa ini tali barut anwar atau pun musuh umno?

    kenapa perlu lantik abang kepada adik propoganda dalam pkr jadi setpol sebelum ni? aku tak paham la..

    nak lantik lagi ezam? ramai lagi orang lain yg layak.

    najib, dengar la cakap aku..please..

    ReplyDelete
  2. Lantik Ezam,karupan,Halfida yang hanya pandai kantoikan Nuar mmg tak berbaloi..Nuar/Dap/Pas nak mati biarkan dia..takpelu champion yg mcm ni..

    Lantiklah orang yang ada IDEA MEMAJUKAN NEGARA, isu2 nak kantoikan orang bukanlah perkara POKOK..ia hanya markah bonus..Yang lebih UTAMA bijak kah dia dalam

    MENJANA EKONOMI POSITIF & MASYARAKAT YG BEBAS DARI FIKIRAN BURUK..

    ReplyDelete
  3. Ezam... aku setuju... mempunyai azam seorang pahlawan... berkeupayaan untuk patah strategi anwar

    ReplyDelete
  4. Anon,11.36.

    Kalau harapkan orang Umno,BN dah terlungkup dalam pilihanraya yg lalu.Semua mereka tak ada telor,malah ramai di antara org Umno sendiri yg masih tak percaya Anwar peliwat dan penzina,bermakna mereka lebih percaya Najib berkonspirasi dgn Saiful.Faktor serangan Ezam & Geng terhadap Anwar dan pendedahan Dr.Hassan Ali &Geng mengenai kelemahan Pas bila berhadapan dgn DAP dan Anwar ,adalah merupak punca orang Melayu kembali sedar dan balik menyokong Umno.Kalau tiada ini semua,Umno lungkup BN pun lungkup.

    Sayangnya Najib sendiri tidak mengenal antara permata dgn kaca,Pengerusi Hindraf yg baru saja menyokong BN,di beri tempat sebagai Tim Menteri,tapi 'pemain import'yg bermati-matian menentang Anwar dan PR sejak selepas 2008,nak beri tempat bertanding pun teragak-agak,seperti berlaku kepada Ibrahim Ali.

    ReplyDelete
  5. SETIAUSAHA POLITIK DS NAJIB DILANTIK

    Datuk Khairun Aseh dilantik menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri.Datuk Khairun merupakan anak kepada Pengerusi Perbadanan Putrajaya.

    Satu perkara yang positif ialah DS Najib tidak melantik semula penasihat beliau yang bertanding di dalam PRU 13 yang lalu. Antaranya ialah Datuk Fatmi Che Salleh, Datuk Abdullah Shafei, Datuk Latt Shariman, Datuk Shahlan, Datuk Mohamad Suffian Awang dan Datuk Wan Farid Saleh. YB Kuala Selangor IM4U aje yang menang di PRU13.

    Datuk Khairun, menurut beberapa blog, sedang melobi ahli Permuda untuk bertanding Naib Ketua Pemuda Pusat. Beliau dijangka akan bertanding merebut jawatan daripada Datuk Razali Ibrahim. Penulis tidak pasti bahawa Datuk Razali mahu bertanding atau tidak mahu atau melepasi had umur. Penulis amat gembira kerana Perlembagaan UMNO baru memberi peluang kepada 150,000 ahli seluruh Negara membuat pilihan. Tahniah. Agak sukar untuk merasuah ahli seramai itu melainkan mereka yang betul betul rajin berkerja dan mesra rakyat. Dahulu mereka yang bertanding hanya perlu menjaga 1000-3000 ahli sahaja.

    Penulis sarankan Datuk Khairun tidak bertanding jawatan Naib Ketua kerana dikuatiri akan menyalahgunakan kedudukan sebagai SUPol PM mempengaruhi ahli Pemuda lain. Terlalu banyak signal yang akan dipancarkan oleh Datuk Khairun. Takut takut nama PM digunakan untuk memenagkan seseorang. Lagipun kerja SUPol amat berat dan mesti ketiadaan masa menguruskan Pemuda UMNO dan JPM.

    Tolong jangan gunakan JPM untuk menang bertanding. Kejap kejap JPM. Ramai juga yang salahguna jabatan kerajaan untuk mencapai matlamat mereka tidak kira baik atau buruk. Contohnya, seseorang ingin menakutkan lawannya yang mereka ada kawan di Bukit Aman atau kawan di SPRM. Ada orang yang ingin menguatkan cerita dengan menyebut kawan SB mengatakan Parti A akan menang dalam PRU walhal PDRM dah katakan PDRM tidak meramalkan kemenangan sesebuah parti politik..

    Lihat apa yang berlaku pada Datuk Razali Ibrahim. Terlalu sibok tugasan di Kementerian Belia dan Sukan, di Pejabat Pemuda UMNO, maka logik lah beliau tidak sempat bersama rakyat di Parlimen Muar. (penulis orang Bakri Batu 3 dan selalu makan asam pedas di Parit Jawa dekat pejabat Datuk Razali). Kesibokan tugasan dan ketiadaan masa membunuh karier Datuk Razali. Secara peribadi, penulis pernah mengemel kepada Datuk Razali dan semua penasihat penasihat DS Najib yang kalah itu, tetapi tiada jawaban walaupun dari pembantu atau pencacainya. Padan muka mereka kerana kalah dan hampir kalah kerana mereka layan emel atau sms PM aje. PM kena reda PRU14, Parlimen Muar akan dimenangi pembangkang jika PM simpan orang macam ini. Lihat Parlimen Bakri, DUN Maharani dan DUN Sg Abong. Apa dah jadi?

    Nasihat ikhlas penulis kepada PEMUDA UMNO, jikalau bekerja biarlah sampai keakar umbi SETIAP ahli. You orang tahu tidak, boss penulis dahulu, mengenali setiap pekerjanya (panggilan nama) yang ribuan bilangannya. Antara sebabnya kerap berjumpa dan turun padang dan ikhlas berkawan. Ini baru jadi Ketua Pemuda Cawangan dan Bahagian, dah tidak kenal orang.

    Sebagai ahli UMNO, penulis menyeru kekawan UMNO supaya tidak memilih Penasihat atau SU Pol atau SU Khas atau Pegawai Khas yang bercita cita memegang jawatan dalam UMNO seperti Datuk Khairun ini (jika betul mahu bertanding).
    www.nasirwise.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Khairun anak Aseh ni,tak tahu le permata ke kaca,bagi Najib benda ni paling dia tak pandai pilih.Harap-harap,tidak terlambat,kalau rasa Khairun ni kaca ,pemilihan Umno akhir tahun nanti,bolehlah hanyukan bersama Najib sekali,kalau tidak piliharaya ke 14 nati,Umno /BN pula yg hanyt.

    ReplyDelete
  7. UMNO dn BN hnya utk org2 tua2.org2 muda x minat dh UMNO DN BN.sbb ramai sgt pemimpin UMNO BN x buat keje!org2 muda lbh suka sokong p.r hingga sanggup dperkudakn!tu pun UMNO BN x reti2 bahsa nk kaji mcm ne nk tarik balik sokongan pengundi muda.ijazah,diploma bnyk anank2 muda ni tp dlm masa yg sama pluang keje x ada.ada keje pun takat lps bayar pptn!ada pemimpin2 UMNOBn YG NK PERJUANGKN NASB ANAK2 MUDA NI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...anak2 muda bodo je sokong pee arr..yang kenang budi..bijaksana semua sokong BN/UMNO...takkan kerajaan nak hulur kerja jugak dah la subsidi pendidikan bagi bantuan PTPTN pj ada..please grow up and pergi la keluar cari kerja..bumi Allah ni kan luas..PTPTN tu bukannya wajib korang amek..kalo mampu tanggung la sendiri...

      Delete
    2. anak aku dapat 5 A,nak masuk uitm pun tak dapat. memang kelakar umno ni. eloknya najib tu bersara aje, kita bagi muhyidin pula jadi PM...dah tentu melayu dan umno lebih mantap

      Delete
    3. Anak orang lain dapat 3A..anak ibu tunggal(8 anak)..dia dapat 3A sebab bantu mak cari makan..tak boleh tumpu pada pelajaran..mohon Uitm dapat ..maknanya rezeki dia sebab berbakti pada ibu..kalau tak dpt UiTM banyak lagi u yang boleh apply..ingat rezeki dari Allah bukan kerajaan..

      Delete
    4. Anak ko dpt 5A tp english dpt C mcm mana nak apply lawyer..xpun 5A tp math dpt dgn addmath dpt C mcm mana nak apply engineering..5A nak apply doktor lagilaa x bole

      Delete
  8. aku setuju EZAM MD.NOR dlantik jd supol PM.karisma ada sbg pejuang yg vokal dlm menentang puaka2 P.R!

    ReplyDelete
  9. Salam 2 all..jom layan kuliah agama di www.kuliahtube.com

    ReplyDelete
  10. Kalaulah benar saudara Ezam dilantik maka itu adalah keputusan paling tepat dalam menghadapi serangan Anwar dan sekutu-sekutunya. Sebab utama ialah pengalaman beliau ketika bersama mereka amat berguna untuk dijadikan senjata kerana hanya 'jauhari yang mengenal manikam'. memanglah ramai orang UMNO tak suka sebab khuatir ezam akan menyemarakan transformasi politik DS Najib yang menyebabkan ramai belang-belang punahsihat akan terbongkar. Jika benar DS Najib, tahniah!! sebab kita perlukan pejuang yang berani bukan mereka yang hanya berani "atas pagar".

    ReplyDelete
  11. Aku setuju ezam, dan zulkipli nordin..meka yg pertahanankan umno dan najib..pemimpin umno lain x ada telor, kaki bodek..umno akan hancur jika masih pekak badak, Klaaunperkasa jadi parti..da lam kita org sokong parkasa..

    ReplyDelete
  12. PM ds najib buat keputusan bijak... jangan dengar lagi perosak yg merosakkan Umno dan kerajaan BN lagi.. Ezam mmg selayaknya bersama najib.. insyallah anwar pakatan akan lenyap.. bagi lah ezam kepercayaan utk melaksanakan misi tersebut.. insyallah.. wsalam

    ReplyDelete
  13. NAJIB, TOLONG AMBIL EZAM DAN ZUL NORDIN MEREKA TELAH BANYAK BERKORBAN DALAM PRU13 YANG LALU, KALAU HINDRAF YANG HARAM TU BOLEH DILANTIK JADI TIM MENTERI TAK KAN EZAM DAN ZUL NORDIN TAK DI BERI TEMPAT...

    ReplyDelete
  14. Pada pandangan saya , orang - orang Ezam , Hassan Ali, Zul Nordin dll perlu diberi peluang menempatkan dalam saf kepempinan umno dan bn terutamanya di selangor..Najib boleh menongkah arus dengan dengan melantik Hassan Ali mengepalai umno selangor dan ezam sebagai timbalan kerana mereka lebih banyak mendekati rakyat berbanding noh omar dan zin mohammad..Percayalah mereka mampu bawa UMNO kembali menguasai Selangor

    ReplyDelete

comment please.....