Tuesday, June 25, 2013

KHALID GAGAP CADANG PELADANG INDONESIA BAKAR KEBUN SEMASA MUSIM HUJAN!! HAHAHA

DAH berguling-guling aku gelak kat dalam rumah ni. Siot la lu Khalid Gagap, buat lawak time jerebu ni memang terbaik. Terbahak-bahak aku ketawa ko tau tak!!! Sial la idea bernas luuuuu..... hahaha

Mana lah Anwar jumpa MB yang se'BIJAK' Khalid Gagap ni ek???? Boleh masuk Maharaja Lawak Mega laaaa...hahaha

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mencadangkan kepada peladang warga Indonesia supaya mengadakan pembakaran pada musim hujan.  
Menyifatkannya sebagai suatu kompromi jangka pendek, Khalid berkata, ia dapat menghindarkan daripada udara dicemari secara berlebihan.  
“Sudah tentu ia akan menjadi ideal jika pembakaran sifar. Tetapi peladang yang kurang berkemampuan terpaksa melakukan ini (pembakaran) untuk menyuburkan tanah.  
“Mereka tidak mempunyai wang untuk membeli baja, melainkan kita mahu memberikan kepada mereka,” katanya kepada para pemberita selepas menyampaikan hadiah pada Kejohanan Golf Jemputan Selangor pada Selasa.  
Khalid berkata, bukan sesuatu yang mustahil untuk menghentikan budaya sesuatu masyarakat bagi suatu jangka pendek.  
“Hari ini, kita tidak boleh beritahu mereka untuk hentikan pembakaran, tetapi kita boleh beritahu mereka untuk membakar hanya pada tempoh tertentu.  
“Seterusnya, mungkin kita boleh teruskan untuk hentikan pembakaran secara menyeluruh,” katanya.  
Beliau berkata, pembakaran tidak boleh dilakukan pada musim kering antara Jun dan September.  
Beliau menambah, kompromi itu merupakan pilihan yang lebih baik, berbanding daripada kerajaan Malaysia dan Indonesia menunding jari antara satu sama lain tetapi tidak mencari penyelesaian.  
Berhubung perkara berkaitan, Khalid menasihatkan ibu bapa supaya tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200.  
“Saya telah mengarahkan pejabat-pejabat daerah untuk memantau jerebu. Bagi penutupan sekolah-sekolah, ia dibawah kendalian Kementerian Pendidikan,” katanya.  
Beliau menambah, sekiranya terdapat awan yang mencukupi, mereka turut mempertimbangkan untuk melakukan pembenihan awan.- Mstar Online 

5 comments:

  1. MB merangkap Adun P Klg ni memang terer tau, dia dah buktikan boleh buat benda pelik, tidur sambil bercakap atau bercakap sambil tidur...

    ReplyDelete
  2. Buat apa lah nak ikut ckp org yg tertidur n mengigau masa press.
    MB ni ingat yg duk bakar hutan tu kisah ke musim hujan ke tak.
    dan camner pulak nak bakar masa time hujan? Adoiiiiii.......malang nye negeri Selangor dpt MB camni.

    ReplyDelete
  3. haHhahahahaa..
    MB kurniaan yg hebat..hahaha
    hebat, hebat MB negeri aku ni..tuih!
    kenapa org kat Pelabuhan Klang banyak yg bodoh bagi undi kat mangkok hayun ni..
    Karam Singh Walia~ terbakar hati siapa yang tahu~.. hebat,hebat

    ReplyDelete
  4. Baik MB suruh orang BERAK waktu dia tak nak BERAK...apa jadi...oh my MB KHALID

    ReplyDelete
  5. nasib baik dia suruh bakar waktu hujan , kalau dia suruh kencing ramai2 lagi huru hara...

    ReplyDelete

comment please.....