Friday, May 3, 2013

TAK DAPAT SELESAI ISU AIR, KHALID TERUSKAN JUAL ASET NEGERI SELANGOR!!


HAMPIR tiba saat-saat pilihanraya yang berbaki beberapa hari lagi, Khalid terlalu terdesak untuk menyelesaikan semua perkara yang tertangguh dengan baru-baru ini menjual tanah milik kerajaan negeri Selangor yang berada di Kota Kemuning, Cyberjaya dan Puchong dengan harga RM22 sekaki berbanding harga sebenar RM100 sekaki kepada kroninya sendiri.

Belum pun selesai masalah air yang mana beliau sendiri baru sedar perlunya sumber air baru bagi mengatasi masalah air di Selangor, dengan sudah tiada kuasa dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri Khalid pada 18hb April yang lalu menjual tanah milik kerajaan negeri. Apa rasionalnya dia menjual tanah pada saat-saat menghadapi pilihanraya kali ini? Adakah untuk dijadikan modal mengorek kolam takungan air seperti yang dicadangkan atau untuk modal pilihanraya kerana perlu diberi untuk merasuah para pengundi di Selangor?

Hairan dengan Khalid yang selama 5 tahun ini sejak memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri, tiada apa-apa penyelesaian yang tercapai melainkan kajian-kajiannya terhadap kaedah alternatif untuk menyelesaikan krisis air terhadap penduduk Selangor dan Lembah Klang. Baru sekarang, selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor Khalid baru mendapat 'mukjizat' untuk selesaikan isu air ini dengan kadar segera dengan cadangan paling 'bernas' beliau mengorek kolam takungan air di Sungai Selangor, Batang Berjuntai.

Khalid mula terasa terseksa pada saat ini apabila beliau secara istiqamah mahu mengembalikan semula kepercayaan rakyat Selangor terhadap beliau supaya kerusi Menteri Besar Selangor tidak terlepas kepada orang lain. Pada PRU kali ini kita melihat bukan sahaja rakyat negeri Selangor yang menolak Khalid Gagap, bahkan pemimpin PKR Selangor sendiri dari dalam terus-terusan menyerang Khalid supaya beliau tertekan dan melupakan hasratnya untuk kembali menjadi MB Selangor. Desakan dari kem Azmin Ali yang paling jelas kelihatan dengan pertukaran port folio Pengerusi PKR Selangor kepada orang kanan Anwar Ibrahim itu.

Selama 5 tahun juga Khalid mencanangkan kepada seluruh rakyat Selangor yang beliau tidak perlukan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 seperti yang dicadangkan oleh kerajaan persekutuan kerana pasukan research Khalid masih mengkaji cara alternatif lain seperti pembenihan awan dan sumber air bawah tanah. Selama 5 tahun Khalid terus menjanjikan kepada rakyat perkhidmatan air yang terbaik dengan mengatakan penstrukturan semula air perlu dilakukan dan kerajaan negeri perlu mengambil alih 4 syarikat konsesi air Selangor untuk menstrukturkan semula penyaluran air di Selangor. Tetapi apa penyelesaian yang dah berjaya dicapai? 

Mana sumber air alternatif yang dikaji Khalid Gagap selama 5 tahun? Mana bukti yang Khalid telah membeli 4 syarikat konsesi air Selangor (Syabas, Abbas, Puncak Niaga, Splash) untuk membantu rakyat mengatasi masalah air yang kerap berlaku pada rakyat Selangor? 

Sibuk berceramah ke serata negara yang mengatakan negeri Selangor tiada masalah air. Azmin pula berkata Selangor tiada masalah air kerana tiap malam Jumaat dia mandi 7 kali sehari. Jangan cepat sangat nak melenting. Khalid dan Azmin duduk kat kawasan perumahan yang bagaimana? Adakah Azmin Ali duduk di Pangsapuri Lembah Jaya yang mempunyai 30 tingkat? Adakah Khalid Gagap duduk di Pangsapuri Seksyen 18 atau 24? Jawapannya TIDAK! Mereka tidak pernah merasa duduk di kawasan perumahan yang sebegini sehingga beliau menafikan tentang krisis air yang kerap dihadapi oleh penduduk di situ.

Salah ke rakyat Selangor memilih sebuah kerajaan yang lebih baik dan lebih prihatin terhadap permasalah yang mereka hadapi? Kenapa masih perlukan kerajaan negeri yang hanya pandai menjual aset kerajaan negeri dan tidak pandai menyelesaikan rakyat? Kita punya pilihan dan pilihan ada ditangan kita. Tukar kerajaan lama, pilih kerajaan baru.

Saksikan video Khalid kata tiada masalah air di Selangor.


No comments:

Post a Comment

comment please.....