Wednesday, May 8, 2013

PERTUBUHAN NADI RAKYAT BUAT LAPORAN STATUS 'RASIS' DALAM FACEBOOK!!

PETANG tadi bertempat di Balai Polis Sentul, Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia diketuai oleh Sdr. Rafi Awang Kechik sebagai Presiden Nadi Rakyat Malayasia telah membuat laporan polis ke atas beberapa akaun facebook milik individu-indivdiu yang didakwa telah mengeluarkan status yang lebih cenderung kepada sikap rasis terhadap bangsa Melayu. Klik SINI untuk membaca kenyataan akhbar beliau.

Perkara ini ekoran penahanan seorang individu yang dikaitkan dengan blogger Papa Gomo atas status twitter beliau yang dianggap rasis oleh seorang lelaki berbangsa Cina dari Nibong Tebal yang telah membuat laporan polis tentang perkara ini. 

Syabas kepada PDRM kerana bertindak pantas dengan menahan Papa Gomo. Selepas ini diharap PDRM tidak lah lokek untuk menahan lebih ramai lagi individu-individu yang telah mengeluarkan status berbaur RASIS didalam media sosial seperti facebook, twitter mahupun blog. Jangan berat sebelah pulak. Laporan telah pun dibuat dan aku percaya selepas ini akan lebih banyak lagi laporan polis ke atas status yang berbaur RASIS akan diajukan.

"BERCAKAP SOAL MELAYU DIANGGAP RASIS, SOAL BANGSA LAIN DIKATA HAK!"

3 comments:

  1. tu lah masalahnya skrang ni.. aku pun pening

    ReplyDelete
  2. Bila sebut saja tentang bangsa Melayu, dikatanya rasis! Kebanyakkan orang sudah didoktrinisasi dengan duniawi. Bukankah bangsa itu merujuk kepada "brotherhood", persaudaraan. Kenapa tiba2 perlu bangkitkan racism?

    Aku kehairanan. Bila Melayu sendiri cuba pertahankan apa yang terkandung dalam perlembagaan berkenaan hak istimewa Melayu, orang Melayu juga yang membantah. Katanya isu ini berunsurkan rasis.

    Masing2 sudah terkena "reverse psychology". Keadaan ini boleh jadi Melayu vs Melayu..

    Harap orang kita, terutamanya Melayu Islam perlu sedar. Sudah ada pihak yang "twist" fikiran dan dipolitikkan isu ini..

    Harap kita semua sedar..

    ReplyDelete
  3. Polis takkan berani nak bertindak terhadap puak2 kiasu ini walaupun mereka mengeluarkan kenyataan lebih teruk.

    ReplyDelete

comment please.....