Saturday, May 4, 2013

KHALID TAK FAHAM KONSEP KEPERLUAN DAN KEHENDAK RAKYAT!!


KHALID nampaknya semakin meroyan dengan pelbagai perkara yang dilakukannya tidak masuk akal sejak duduk dikerusi Menteri Besar Selangor. Jika sebelum ini Khalid dikatakan bijak menguruskan wang Guthrie yang kononnya berjaya memperolehi keuntungan jutaan ringgit dibawahnya tapi tidak semenjak menjadi Menteri Besar.

Dalam perniagaan memang ada untung dan rugi. Dalam hidup pula ada keperluan dan kehendak. Air merupakan keperluan setiap manusia dimuka bumi ini. Tidak kira tinggal di cerok mana sekali pun, jika tiada air maka hilanglah nyawa. Sedangkan tumbuhan dan haiwan pun perlukan air inikan pula manusia biasa seperti kita.

Jangan jadi bodoh atau buat-buat bodoh. Walaupun pernah menjadi tunjang kepada syarikat besar itu bukanlah tiket untuk Khalid dilihat sebagai seorang Menteri Besar yang capable dalam menguruskan semua hal. Selepas 5 tahun memerintah kerajaan Negeri Selangor, Khalid nampaknya gagal dalam menjaga kebajikan rakyat khususnya di Lembah Klang. Keperluan rakyat langsung Khalid tidak tunaikan, apatah lagi keperluan kepada negeri.

Khalid sebenarnya lebih mementingkan perut sendiri dari melihat kesenangan hati rakyat Selangor dan Lembah Klang. Isu air tidak akan lari jauh dari Khalid kerana dia satu-satunya Menteri Besar yang langsung tidak hiraukan tentang keperluan asas ini. Segala macam bentuk halangan telah dilakukan oleh Khalid semata-mata tidak mahu rakyat Selangor termakan budi dengan bantuan kerajaan persekutuan yang membina Loji Rawatan Air Langat 2.

Bagaimanakah Khalid nak memastikan yang masa depan anak kecil yang didukung dalam gambar tersebut terbela? Bagaimana nak jaga kebajikan anak kecil itu sedangkan kebajikan jutaan rakyat Selangor dan Lembah Klang tidak terjaga akibat dari keegoan Khalid yang berjaya memusnahkan harapan rakyat demi mendapat setitis air.

Persetankan dengan kehendak rakyat yang penting perut Khalid dan para kroninya terisi kenyang. Manakan mungkin rakyat punyai hak untuk bersuara sedangkan Khalid dan para kroninya punyai kuasa yang berjaya mendominasi kerajaan negeri. Mungkin itu antara kata-kata Khalid yang sudah berjaya mentarbiah minda para penyokongnya bahawa di Selangor tiada isu air dan isu ini bukanlah isu yang besar untuk diperbesar-besarkan.

Masa depan yang bagaimana rakyat mahukan? Masa depan yang gelap bersama Khalid atau masa depan yang cerah apabila bertukar Menteri Besar dan kerajaan negeri pada akan datang?

Mentang-mentang enak duduk dikerusi empuk seorang Menteri Besar, maka Khalid terlupa tentang segala bagai permasalahan rakyat yang dibelenggu hingga dibubar DUN. Ribuan, malah jutaan rakyat Selangor dan Lembah Klang terseksa akibat keegoan dan kebodohan Khalid yang langsung tidak peka dengan masalah yang dihadapi rakyat. Di Parlimen Bandar Tun Razak sendiri yang mana Khalid sebagai Ahli Parlimennya turut terkena tempias krisis akibat kebodohan Khalid. Ratusan warga pangsapuri di Bandar Tun Razak terpaksa mengangkut air dari lori yang disediakan oleh Syabas. Bukan sehari malah berminggu-minggu air tidak mengalir kepada penduduk disana. Permainan politik yang macam mana Khalid cuba praktiskan?

Segala aset kerajaan negeri telah berjaya dicairkan oleh Khalid serta kroninya. Segala kekayaan rakyat telah dikaut dengan sewenang-wenangnya namun tergamak Khalid mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin kepada rakyat di Selangor khususnya. Sanggup Khalid melihat jutaan rakyat menagih simpati kepada kerajaan negeri demi untuk mendapatkan air yang sempurna. Kerajaan RAKYAT kah ini?

Sibuk melaungkan slogan kerajaan rakyat! Kerajaan rakyat! Kerajaan rakyat! Tetapi rakyat yang memberi undi dan kuasa kepada Khalid dilupakan jasanya dengan begitu sahaja. Konon kerajaan kebajikan! Mana kebajikan seperti yang telah dijanjikan sebelum berjaya membentuk kerajaan campuran DAP, PKR, PAS di Selangor. Mana janji-janji yang dilihat lebih mengutamakan rakyat dengan pemberian elaun serta air percuma. MANIFESTO BUKAN JANJI!!

Anak yang didukung oleh mantan MB Selangor itu masih tidak merasai perit rakyat Selangor. Anak kecil itu masih belum kenal siapakah Si Celaka Khalid. Jika sudah kenal, sudah fasih tentang perangai Khalid, percayalah anak kecil itu juga akan memanggilnya KHALID GAGAP!!!

No comments:

Post a Comment

comment please.....