Friday, May 3, 2013

KHALID GAGAP GILA KUASA!! TAK TUNAI JANJI ADA HATI NAK JADI MB LAGI!!


KELAKAR apabila Anwar meletakkan bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap untuk bertanding dikawasan yang dirasakan cukup sukar untuk PKR menang iaitu kerusi DUN Pelabuhan Klang. Perkara ini adalah kerana rakyat di Pelabuhan Klang sudah tidak mempercayai lagi pemimpin yang ditampilkan oleh PKR akibat dari bekas wakil rakyat mereka sebelum ini yang juga dari PKR.

Namun itu semua cerita semasa PRU 2008. Kini Khalid meletakkan harapan yang tinggi untuk menang kerusi tersebut dan sekaligus mengekalkan kerusi Menteri Besar Selangor. Selepas mendapat tahu Anwar meletakkan dirinya di Pelabuhan Klang, Khalid perlu berusaha lebih gigih bagi mendapatkan semula kepercayaan rakyat khususnya penduduk Pelabuhan Klang supaya kembali menyokong dan mengundi beliau.

Rakyat Ijok telah terang-terang menolak Khalid Gagap apabila bekas Menteri Besar itu gagal melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat dikawasan itu. Segala janji-janji manis yang ditabur semasa PRU12 langsung tidak tertunai kerana kononnya sibuk menghabiskan dan menjual aset kerajaan negeri untuk diberikan kepada para kroninya. Lebih-lebih lagi masyarakat India di Ijok yang tidak mahukan lagi Khalid sebagai wakil mereka kerana sekolah, rumah ibadat, serta kebajikan pekerja ladang langsung tidak dihiraukan Khalid sejak menang kerusi tersebut.

Seluruh rakyat negeri Selangor tahu tentang masalah air yang dihadapi oleh mereka. Khalid sekali lagi dilihat gagal menangani isu air ini dengan lebih komprehensif melainkan meletakkan kesalahan pengurusan air yang kerap berlaku terputus bekalan kepada syarikat yang hanya dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan air kepada penduduk di Selangor dan Lembah Klang iaitu Syabas. Sikap sambil lewa Khalid dalam urustadbir kerajaan negeri turut dipertikaikan oleh banyak pihak yang dilihat kurang senang dengan penjualan aset kerajaan negeri seperti Plaza PKNS, IKYS dan tanah Yayasan Selangor.

Oleh kerana kegagalan Khalid yang cepat dihidu Anwar, Azmin dilantik sebagai Pengerusi PKR Negeri kononnya bagi mengimbangi tanggungjawab Khalid yang besar. Namun Khalid yang ternyata bodoh tidak sedar yang sebenarnya Anwar sudah menyampah dengan kebengapan Khalid yang dilihat membuatkan PKR mempunyai liabiliti di Selangor. Dalam masa yang sama, Azmin cuba mendapatkan sokongan dari Anwar dan beberapa kepimpinan tertinggi PKR untuk menjatuhkan serta menamatkan riwayat politik Khalid di Selangor dengan meletakkan beliau di kerusi hitam Pelabuhan Klang.

Krisis air yang berlaku di Selangor merupakan isu terbesar yang Khalid sendiri tidak dapat tangani dengan berhemah. Kajian... Kajian... Kajian... Tapi sehingga bubar DUN tiada sebarang kata putus yang dicapai. Apakah jalan penyelesaian Khalid dalam soal air di Selangor? Kosong. 

Tidak hairanlah Azmin cuba mengambil kesempatan atas kebodohan Khalid apabila sedikit demi sedikit sokongan pemimpin PKR Selangor terhadap Khalid mula terhakis setelah Azmin mula mengambil tempat Pengerusi PKR Negeri. Azmin juga dikatakan mula menemui beberapa kepimpinan PKR untuk merancang strategi menjatuhkan Khalid dan seterusnya beliau sendiri akan menerajui kemudi Negeri Selangor jika PKR menang sekali lagi di Selangor. Perkara ini telah diketahui umum sejak perbalahan semasa mesyuarat pengurusan negeri di bangunan SUK pada tahun lepas apabila Khalid dilihat gagal meletakkan kerajaan pakatan rakyat pada standard yang memuaskan.

Majlis ceramah di Pelabuhan Klang tidak mendapat sambutan dari penduduk sekitar. Dengan kehadiran hanya seramai 50 orang, Khalid hanya mewakilkan Setiausaha Politiknya, Faekah untuk berceramah bagi pihaknya sementara Khalid hanya memerhatikan sahaja sesi ceramah itu dari dalam kereta. Rakyat Selangor tidak akan tertipu buat kali kedua justeru kita dapat melihat penolakan secara terang-terangan terhadap calon PKR di sana.

Selama 5 tahun memerintah negeri Selangor dan selesa menjawat kerusi Menteri Besar, tiada sebarang perubahan yang dilakukan oleh Khalid melainkan penjualan aset negeri secara besar-besaran, jalan yang berlubang, serta janji yang tidak ditunaikan. Pertama kali dalam sejarah kerajaan negeri Selangor apabila kerajaan negeri disaman lebih kurang RM800,00.00 oleh rakyatnya sendiri apabila manifesto yang dijanjikan PKR tahun 2008 tidak ditunaikan. Ibu tunggal, mahasiswa, OKU, serta warga emas begitu kecewa dengan Khalid yang melupakan janji yang pernah ditaburnya sebelum ini. Ternyata Manifesto bukan Janji.

Jadi, apa lagi yang boleh kita harapkan dari pemerintah seperti ini? Jika janji semasa mahu menang pilihanraya pun belum lagi tertunai, kini mereka mahu berjanji lagi dengan janji yang lebih manis. Tidak perlu beri peluang kepada mereka kerana selama 5 tahun rakyat Selangor telah memberi peluang namun janji mereka masih belum tertunai. Langat 2 menjadi kayu pengukur kepada kebajikan rakyat Selangor apabila Khalid seolah-olah cuba mengenepikan hak rakyat untuk mendapatkan bekalan air bersih dalam kehidupan seharian mereka. Beri peluang kepada kerajaan yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat. Fikirkanlah. 

Jika sekali tertipu jadi pengajaran, jika dua kali tertipu adalah kehancuran.

Klik SINI untuk lihat KEBODOHAN Khalid Gagap!!

No comments:

Post a Comment

comment please.....