Tuesday, May 14, 2013

JIKA MUKA DILUDAH BOLEH DIJADIKAN PENYATUAN UMMAH, AKU RELA DEMI ISLAM!!

PAS tidak akan membantu UMNO yang sedang lemas. Itu antara kata-kata Hadi Awang apabila ada segelintir wartawan yang berterusan tanya tentang cadangan UMNO untuk bersatu bersama PAS demi mendapatkan kembali kekuatan Melayu dan Islam. Perkara ini jugalah yang membuatkan Hadi Awang kelihatan begitu angkuh dengan mendakwa PAS adalah sebuah parti yang kuat di dalam Pakatan Rakyat dan akan terus menjadi tunjang walaupun tidak bekerjasama dengan UMNO.

Sombong, bongkak itulah antara perkataan yang paling sesuai untuk Presiden PAS ini yang terus memutuskan tali silaturrahim sesama Islam. Mereka lebih selesa menghubungkan tali persaudaraan antara PAS dan DAP berbanding UMNO walaupun Lim Kit Siang adalah seorang tokoh Cina yang ANTI-MELAYU, ANTI-ISLAM dan pencetusan tragedi berdarah 13 Mei yang telah mengorbankan ratusan rakyat dari bangsa Melayu & Islam. Barangkali semua pemimpin pakatan Melayu sudah lupa atau telah digelapkan sejarah mereka dengan cita-cita untuk memerintah negara dan membiarkan Malaysia diperintah oleh majoriti pemimpin bukan Islam dan anti-Islam. Mungkin itu yang diharapkan.

Ataupun para pemimpin PAS ini sudah terlupa bahawa kerusi mereka untuk menjadi wakil Melayu & Islam di Malaysia adalah yang paling sedikit di dalam pakatan. Mampukah mereka membawa suara kaum Melayu & Islam di Malaysia jika majoriti pemimpin dalam pakatan sendiri adalah penentang Hak Istimewa Melayu/Bumiputra dan Agama Islam? Persoalan yang WAJIB dijawab.

Lain pula ceritanya dengan Nik Aziz. Bagi aku sebagai seorang umat Islam dan pemerhati politik semasa Malaysia perbuatan Nik Aziz dilihat lebih kasar dengan amaran keras yang dilemparkan kepada mana-mana pemimpin UMNO yang datang kepada beliau untuk bercakap tentang kerajaan perpaduan UMNO-PAS maka muka orang itu bakal diludah oleh Nik Aziz. Begitu keras dan tegas sekali amaran yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS ini apabila ditanyakan tentang penggabungan UMNO dan PAS. Ada sesiapa yang sanggup diludah muka oleh Tok Guru kita?

AKU SANGGUP!! Jika Tok Guru mahu meludah muka aku ni atas niat aku untuk penyatuan ummah UMNO-PAS, aku sanggup diludah kerana itu. Aku sanggup melakukan apa sahaja kerana itu adalah nawaitu aku demi memastikan negara Malaysia ini akan terus bertuankan seorang Melayu dan Islam terus menjadi agama rasmi negara. Tiada paksaan untuk aku menyetujui perbuatan Nik Aziz jika benar hanya dengan diludah ke muka, Nik Aziz akan mempertimbangkan penyatuan kerajaan perpaduan UMNO-PAS di Malaysia dan memantapkan lagi syiar Islam di Malaysia. Ya! Aku tidak bergurau......

Tetapi siapalah aku ini yang Nik Aziz mahu pandang. Siapalah diri ini yang tidak layak untuk diludah mukanya. Nik Aziz mesti mahukan mana-mana pemimpin UMNO sendiri yang berjumpa dengan beliau dan berbincang tentang penyatuan Melayu-Islam ini. Atas sikap dendam dan hasad dalam diri Nik Aziz, maka beliau berharap yang datang menemui beliau dan melutut merayu adalah dari kalangan pemimpin UMNO sendiri. Bukan proksi, bukan wakil. Itu sudah semestinya.

Jadi buat masa ini kita sebagai rakyat Malaysia yang mahukan keamanan berterusan di bawah kerajaan Melayu-Islam, hanya mampu menunggu bila hari bersejarah tersebut bakal berlaku. Sama-sama kita nantikan. Semoga ianya menjadi kenyataan.

19 comments:

  1. Kalau dgn diludah umat Islam boleh bersatu, tidak kafir mengkafir, bersilaturrahim, tidak bermusuhan, saya juga sanggup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sanggup demi bangsaKU melayu islam di tanah melayu ini dan mendaulatkan islam di tanah melayu amnya dan Dunia umumnya..insya - allah malaysia sejahtera

      Delete
    2. UMNO yg semuanya melayu dn Islam adalah musuh aku. Tp cina DAP laknatullah adalah sahabat aku. Kalu ini jawapan dalam kubur semasa di tanya oleh malikat...subhanallah.

      Delete
  2. Tak dapat berkata -kata seketika.Begitu sekali, satu pihak mendambakan huluran persaudaraan dari saudara muslim dipihak satu lagi.Berjayakah kita?....Terkesankah dihati?..... .Bertahun -tahun cemuhan dilontarkan,Setiap kebaikan dibalas penghnaan ,apakah ada ruang lagi untuk itu?Adilkah hanya satu pihak yg selalu berkorban?.........

    ReplyDelete
  3. Utk kebaikan umatnya dan dakwah Islam, Nabi saw diperlaku lebih dr itu.

    ReplyDelete
  4. moga allah mendengar dan masih sayang akan umatnya di bumi malaysia! amin!

    ReplyDelete
  5. Puki la ahli umno..kami ahli pas xkan bersatu dgn parti perasuah spt umno..umno mmg parti xde maruah kerana terhegeh2 nak minta pas joint umno padahal saban hari menfitnah pas dlm media umno..pergi mampos sama umno..kalu aku bukan setakat ludah je..aku sapu taik pd org umno yg mintak pas join umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama aje org pas. Buka ayat bukan sebut nama Allah tapi mencarut. Suatu detik nanti apa yg kau kata akan terbalik. Pas akan terhegeh2 nak bersatu dgn umno. Kau ni manusia hina..mcm mursyid kau.

      Delete
    2. Biasalah, adab orang suka main taik memang macam tu.

      Delete
  6. hadi dan pork najis dok hayal kena kongkek dap dan pkr.

    kita tak heran semua percakapan yg terpacul dari mulut puki mereka berdua, UMNO adalah musuh dunia akhirat. tidak kepada sebahagian ahli pas yang tidak hilang akal dan hilang pertimbangan bila berbicara hal islam dan masa depan melayu!

    UMNO bina kekuatan tanpa sedikitpon bantuan pas, malah paslah yg sentiasa menjadi duri dlm daging kepada UMNO dimasa kekuatan islam dan melayu sedang genting. untuk menjadi dominen dalam pemerintahan UMNO tidak perlu sokongan pas, sokongan UMNO lebih baik datang dari pengundi yang berotak.

    SAKSI/BUKTI keputusan PRU 13.... UMNO 88 kerusi parlimen.
    PAS 21 kerusi, tanya kat budak TADIKA bolih bagi jawapan.
    tanya budak PASTI yang sudah ditarbiahkan ajaran sewel akan jawap UMNO tidak islam.





    ReplyDelete
  7. Pandangan saya, dalam keadaan ini beberapa perubahan/transformasi besar harus dilakukan UMNO segera. Antara yg utama:
    1) Anjakan paksi perjuangan UMNO drpd Melayu kepada Islam, tanpa meminggirkan Melayu sebagai bangsa teras Islam di negara ini. Harus bermula dengan penubuhan Majlis Syura UMNO yang memandu perjalanan parti. Perjuangan mempertahankan Islam dan Perlembagaan diperteguhkan pada peringkat ini
    2) Pembukaan keahlian penuh UMNO kepada Cina Muslim, India Muslim, dan Bumiputera Muslim lain seperti Siam, Orang Asli, serta suku2 di Sabah & Sarawak, berbanding sekadar ahli bergabung kini. Sayap khusus untuk setiap kelompok ini diwujudkan demi memperjuangkan hak masing-masing. Parti-parti Bumiputera di Sabah & Sarawak dijemput bergabung dalam satu Gagasan Mega ini
    3) UMNO harus menjuarai isu hudud dan negara Islam, berbanding PAS yang semakin tenggelam. Pelaksanaan secara hemah dan tertib amat penting, mengambil kira kewujudan masyarakat non-Muslim. Ini juga mendekatkan penyatuan UMNO-PAS.
    4) Berdasarkan perubahan 1, 2 dan 3 di atas, Cadangan penukaran nama asal UMNO kepada United Muslim & Native Organisation/ Pertubuhan Muslim & Bumiputera Bersatu
    5) Imbangan perubahan kepada parti komponen BN yang lain. Dengan UMNO kekal sebagai teras, parti lain harus berusaha kuat memahamkan kaum diwakili masing-masing supaya menerima realiti dan kemahuan masyarakat majoriti tanpa hak minoriti ini diambil
    6) Setelah pihak minoriti akur, usaha dakwah kepada mereka harus digiatkan dan mereka diajak menyertai pihak majoriti dengan menerima Islam. Penyusunan ekonomi dan lain-lain sesama masyarakat Islam adalah lebih mudah.
    7) Pergi lebih jauh dr itu, keadaan ini akan menjadi teras kekuatan baru di peringkat global yg memungkinkan keupayaan kita utk memecahkan penguasaan negara2 maju dengan adunan harmoni masyarakat berbilang kaum ini
    Persoalannya beranikah UMNO melakukan perubahan ini?

    ReplyDelete
  8. Kenapakah Umno yg selalu hendak diubah.Banyak sangatkah ketidaksesuaian dasar-dasar umno yg ada sampai ia yang selalu digembar-gemburkan patut diubah-ubah.Manakala dipihak yg satu lagi membisu seribu bahasa malah memandang sinis.Ironinya pihak disini pula diibaratkan sebagai. bak hidung tak mancung ,pipi pulak tersorong-sorong.Memanglah untuk perpaduan Islam perlu ada sikap berlapang dada.dan bertolak ansur.Begitupun biarlah ,yg sini menghulur manakala yg sana menyambut.Lepas itu barulah mulakanlah perbincangan seterusnya..

    ReplyDelete
  9. adakah ahli2 pas betul menperjuangkan islam??dalam ceramah2 pas banyak agenda2 yang mengutuk dan mencaci hingga terbawa ke majlis2 ilmu..inikah cara pas nak memimpin negara?? dalam perjungan umno,islam adlah teras dalam perjuangan..ALLAH laknatullah hamba2 mu yang angkuh lagi bongkak seperti ahli pas..

    ReplyDelete
  10. Ambil yg jernih, buang yg keruh.. Masing2 ada kalebihan dan kekurangan... Jgn riak.. Sia sia pulak amalan yg byk tu nanti. Sekurang kurangnya mulakan rundingan.. Jgn tolak mentah2.

    ReplyDelete
  11. KALAU SERING NAMPAK YG KERUH SAJA YG JERNIH TAK TERBAYANG LANGSUNG.

    ReplyDelete
  12. sape yang nak suruh PAS BERSATU DENGN UMNO? cukuplah keluar dari PAKATAN dan menjadi salah satu parti komponen BN. disitu sudah cukup kekuatan Melayu dan Islam. PAS tetap hidup dan UMNO tetap hidup.. tetapi reset minda.. set matlamat yang sama.. Insyaallah.. Allah disisi orang yang menyatu padukan seluruh umat Islam sejagat... kita sama disisiNya. dalam kubur tak ada soalan "kamu parti mana?" tunjukanlah akhlak kita sebagai khalifah mulia dibumi Allah ini. amalan tidak dilihat dari tinggi rendahnya serban seseorang...

    ReplyDelete
  13. biar nik aziz ludah. dah letih meludah, kita ludah dia balik. kira ludah dia je, ludah kita letak mana? pajak gantung? macam haram punya mulut tok guru, dah tua nak mampospun masih perasan kuat sangat sampai nk ludah muka orang....apalah orang tua, jalanpun berpapah, mulut tetap macam sial.....

    ReplyDelete
  14. Yang jadi penghalang penyatuan umat islam diMalaysia ni hanya NICKY AZIZ aje.walaupun bergelar TUK GURU tapi hati penuh dgn dendam tak sudah.HADI AWANG macam lalang aje.tak ade pendirian langsung.
    Rasa2nya Nicky Aziz ni dah tak lama dah.ye le dulu masa MB ada kuasa,sekarang ni dah bersara,tentu lama2 dia sendiri stress.nak2 kalau orang dah tak dengar cakap dia.silap2 makin nyanyuk lepas tu fahsm faham aje le.

    ReplyDelete
  15. Salah ke bagi pandangan untuk penyatuan melayu dan islam, ini tidak ,balik balik ungkit cerita yang dah berpuluh tahun terjadi ,saya perhatikan seolah olah untuk UMNO dan BN pada pandangan pihak pembangkang semua salah tapi bagi pihak diaorang PAS ,PKR dan DAP semuanya betul seolah tak seorang pun dari mereka pernah buat salah ,Islam pun mengajar kita saling bermaaf maafan ,tapi islam PAS mengajar bermusuh musuhan dengan ahli UMNO yang beragama islam, fikir fikirkan lah

    ReplyDelete

comment please.....