Saturday, March 2, 2013

KHALID, FAEKAH, AZIZ BARI, ELI WONG SIAPA YANG LAYAK CAKAP PASAL ISU AIR??

ISU air Selangor semakin sensasi dengan penglibatan kesemua exco dan kroni Khalid dalam menjelaskan kepada semua rakyat Selangor sehingga sanggup mengeluarkan modal yang besar untuk mengadakan roadshow ke seluruh pelosok daerah di Selangor.

Semalam dalam laporan portal fitnah pakatan Selangor - selangorku.com, Menteri Besar Selangor paling gagap telah mempersoalkan tentang arkitel yang dikeluarkan oleh Bernama bertajuk 'Air Selangor Dalam Keadaan Kucar-Kacir' yang turut menampilkan ulasan seorang pakar air iaitu Dr. Zaharuddin Ahmad Sabri. Dr. Zaharuddin Ahmad Sabri yang berkelulusan PhD. Pengurusan Alam Sekitar dari Universiti Malaya telah dinafikan kelayakannya untuk membuat kenyataan berkenaan krisis air di Selangor.

Dah tentu memang Dr. Zaharuddin Ahmad Sabri adalah orang yang paling layak bercakap berkenaan pengurusan air. Semasa menuntut di Universiti Malaya, Dr. Zaharuddin juga telah membuat satu thesis berkenaan pengurusan bekalan air di Lembah Klang (boleh tengok di SINI). Kat sini cuma nak mempersoalkan apa kelayakan yang ada pada penceramah 'Forum Air Untuk Rakyat' yang telah digerakkan di tempat-tempat sekitar Selangor? Apa kelulusan Faekah? Eli Wong? Aziz Bari? Dr. Yunus Hairi?

Dalam media sosial dan media pihak pakatan pembangkang heboh dikatakan yang Dr. Zaharuddin tidak pernah sekalipun membuat kajian berkenaan isu air. Yang dapat mereka lampirkan sekali adalah bahan cetakan buku seperti :

3 Ethnics Under One Roof: Managing Ethnic Relation Malaysian Style (we kid you not)http://amzn.to/Ud7CfL
Isu-isu Kenegaraan Malaysia http://bit.ly/S2xWIU
Malay in Victoria http://bit.ly/V2ePi9

Untuk pengetahuan para pencacai pakatan sekalian, research paper atau kertas kajian seseorang graduan universiti TIDAK AKAN diterbitkan dengan sewenang-wenangnya kerana bahan itu sudah menjadi hak milik universiti terbabit. Dan sudah semestinya buku kajian pengurusan bekalan air di Lembah Klang itu tak akan puak pencacai perolehi melainkan jika pandai mencarinya di arkib Universiti Malaya. Apa puak pakatan ni tak pernah masuk universiti ke?

Nilai murni dalam pengurusan alam sekitar : satu tinjauan kes pengurusan bekalan air di Lembah Klang
Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.
Cataloging source:UMMLocal LC Call No.:Q180 UMP 2004
AhmzsasPersonal Author: Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.Title: Nilai murni dalam pengurusan alam sekitar : satu tinjauan kes pengurusan bekalan air di Lembah Klang / Ahmad Zaharuddin Sani bin Hj Ahmad Sabri.Publication info:2004.Physical description:ix, 306 leaves : ill. ; 30 cm.Dissertation note:Thesis (Ph.D.) -- Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya, 2008.Subject term: Environmental management--Malaysia--Kelang River Valley (Selangor)Subject term: Water-supply--Malaysia--Kelang River Valley (Selangor)--Management.Subject term: Environmental ethics--Malaysia.Added author: Universiti Malaya. Institut Pengajian Siswazah.

Sepatutnya kami ni rakyat yang bertanya apa kelulusan para pemberi taklimat isu air ni. Ambil contoh yang berceramah isu air dalam 'Forum Air Untuk Rakyat' yang diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar yang menampilkan calon PKR P.092 Parlimen Sabak Bernam, Prof. Dr. Aziz Bari yang juga bekas pensyarah fakulti undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Apa kelayakan beliau dalam merungkai isu berkenaan air ini? Apa yang dia faham pasal isu air? KOSONG!

Sepanjang mengikuti forum isu air ini yang dirasmikan oleh Exco Adat Melayu & Sukan Selangor, Dr. Yunus Hairi, hanya kedengaran dari mulut Dr. Aziz Bari ini hanyalah cerita buruk pemerintahan kerajaan BN, buruknya SYABAS. Tiada satu pun yang menyentuh berkenaan cara atau jalan penyelesaian dalam menangani krisis air Selangor 2014 tidak lama lagi.

Ada seorang hadirin yang bertanya soalan tentang bawa kes ini ke mahkamah namun jawapan yang diterima cukup mendukacitakan. Boleh pulak Dr. Aziz Bari ni kata bawak mahkamah pun tak guna kerana peguam dan hakim mahkamah adalah kroni BN. What the ...............

Kalau setakat cakap tak boleh nak selesaikan baik tak payah buat roadshow yang membazir ni. Haram satu idea untuk membantu rakyat menangani krisis air ni langsung tak ada.

Punyalah busuk mulut pemimpin pakatan pembangang ni sampai ada sebahagian hadirin yang keluar meninggalkan dewan kerana kecewa selepas hampir sejam bercakap hanya ayat fitnah dan maki hamun yang keluar dari mulut Aziz Bari mahupun Yunus Hairi. Orang macam ni yang rakyat nak jadikan pemimpin? Mimpi laaaa....

No comments:

Post a Comment

comment please.....