Friday, March 1, 2013

KHALID BAZIRKAN DUIT RAKYAT SURUH FAEKAH AUTA RAKYAT!!


DUIT rakyat dibazirkan lagi. Itulah ayat yang sesuai buat kerajaan pakatan pembangang Selangor yang terus membazirkan duit rakyat Selangor dengan siri-siri jelajah yang langsung tidak membantu rakyatnya. Baru-baru ini kerajaan pakatan pembangang Selangor telah mengadakan satu lagi roadshow bodoh selama 10 hari bagi memberi penerangan terhadap isu air kepada seluruh rakyat Selangor dengan menjemput 'pakar-pakar air' dari kerajaan Selangor.

Faekah Husin, Setpol Khalid Brahim diangkut ke hulu-hilir kononnya untuk memberi penerangan berkenaan isu air yang dikatakan menjadi kerisauan penduduk sekitar Lembah Klang dan Selangor. Apa kelulusan janda tua Faekah Husin ni sehingga boleh diberi tanggungjawab untuk sesi penerangan isu air? Faham ke dia ni pasal struktur pengagihan air dan masalah yang dihadapi oleh SYABAS sedangkan dia berkelulusan undang-undang, bukan pakar air. Dan semestinya dia tak layak bercakap berkenaan isu air.

Sepatutnya kerajaan Selangor mengambil peluang ini untuk memberikan penjelasan dengan sejelas-jelasnya tentang masalah SYABAS, menerangkan kaedah yang sepatutnya atau pun mencari jalan untuk menyelesaikan masalah air di Selangor ini. Kenapa tidak dijemput sekali bersama mereka wakil dari SYABAS untuk memberi penerangan? Jelas terang lagi nyata yang roadshow 'Forum Air Untuk Rakyat' ini hanyalah wayang dari kerajaan pakatan pembangkang Selangor supaya dapat lesen untuk berceramah maki dan fitnah kepada Barisan Nasional.

Memandangkan kerajaan Selangor juga punyai kepentingan sebanyak 30% share dalam SYABAS, rasanya tidak ralat untuk mereka duduk bersama berbincang dan bersama-sama memberi penerangan dan penyelesaian isu air ini kepada rakyat. Atau pun kerajaan pakatan Selangor sudah malu dengan SYABAS kerana Khalid telah membekukan CAPEX SYABAS sejak dari 2008 bagi mendapatkan kelulusan pinjaman bagi menaiktaraf dan menggantikan paip-paip yang telah lama di Selangor.

Dalam ceramah politik isu air di Pandan Indah tempoh hari, tiada satu pun isi taklimat berkenaan isu air yang berjaya mencapai kata putus bagi mencari jalan penyelesaian, yang kedengaran hanyalah perkataan caci maki dan fitnah yang keluar dari mulut longkang Faekah Husin. Memang layaklah hanya 50-60 orang pencacai je yang hadir.

Pelik dan musykil dengan niat Khalid mahu membeli 4 syarikat konsesi air Selangor dengan nilai RM9.65 billion sedangkan harga sebenar kesemua syarikat tersebut adalah RM12.1 billion. Mana Khalid nak rompak duit untuk membeli 4 syarikat tersebut? Dan yang lebih menyedihkan adalah tanpa rasa segan silu Khalid boleh pula mengumumkan yang RM2 billion duit deposit bagi pengambilalihan 4 syarikat tersebut akan diambil dari dana rezab Selangor yang sepatutnya digunakan untuk hal kecemasan negeri seperti gempa bumi dan malapetaka lain. Tak malu ke Khalid ni? Mana duit penjualan pasir? Mana duit penjualan aset PKNS? Kenapa perlu menggunakan duit dana simpanan untuk membantu rakyat Selangor?

Nampaknya Khalid kini semakin gila dan tidak waras semenjak pembelian syarikat Talam Corp. bersama hutang-hutang syarikat itu. Akibat hendak menyelamatkan kroni nya maka dibelinya syarikat yang tidak membawa untung pun kepada rakyat Selangor. Syarikat dengan hutang yang banyak mampu dibeli dengan harga yang tinggi namun Syarikat konsesi air untuk rakyat hanya dibeli dengan harga yang tidak sepadan dengan nilainya. Mana pertimbangan Khalid ni?

No comments:

Post a Comment

comment please.....