Wednesday, February 6, 2013

SUAMI TERIMA ANUGERAH TUHAN, ISTERI TERIMA ANUGERAH SITI KHADIJAH!! LAYAK KE??


SAAT populariti dan simpati rakyat pada Wan Azizah telah hilang akibat perbuatan beliau yang terbukti sebagai pengkhianat kepada agama,bangsa dan negara,Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) tiba-tiba  muncul sebagai organisasi yang kembali mengangkat darjat Presiden PKR itu melalui anugerah Syaiditina Khadijah dan apa maksud serta tujuan sebenarnya ABIM menganugerahkan gelaran sedemikian kepada wanita  yang dilihat munafik seperti Wan Azizah ini?

Syaiditina Khadijah bukan sahaja simbol isteri, ibu dan pejuang Islam, tetapi juga simbol wanita Islam yang sebenar, iaitu bijak, terhormat, berani dan punya pemikiran dan status tersendiri dan apakah yang melayakkan Wan Azizah menerima anugerah ini malah dari segi keturunan, sejarah, sifat, sikap, perjuangan dan keperibadian Wan Azizah, semuanya bagaikan langit dengan bumi berbanding Syaiditina Khadijah.  

Kita juga melihat alasan ABIM langsung tidak masuk akal bahawa anugerah itu adalah mengiktiraf keberanian Azizah ‘menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan,ini alasan gila kerana walaupun Azizah punya keberanian ianya tiada kena mengena dengan keadilan, kebenaran atau Islam dan perubahan. 

Benar Wan Azizah berani, tetapi beraninya membela peliwat dan penzina, berani bersubahat untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Melayu Islam untuk diganti dengan pemimpin berfahaman plural, berani menipu, memfitnah dan menuduh pemimpin yang berjasa dan tidak bersalah sebagai zalim, berani bersekongkol dengan sesiapa sahaja termasuk musuh Islam untuk membawa perubahan ke arah liberalisasi.

Baca lagi di SINI dan SINI.

2 comments:

  1. azizah patut terima anugerah ini sebab dia pertahan kan jam omega, dia mempertahan kan tape chinadoll, ingat tak kata dia " saya tahu lah perut dia macam mana" dia banyak lagi mempertahankan kemungkaran anwar, patut lah dia layak. ABIM tu pun apa kalau bukan di kotak katik kan Anwar,..... berjuang lah Islam dengar perkara perkara benar bukan mungkar...selamat kan Islam...

    ReplyDelete
  2. lantak mereka le... sama-sama cari makan dengan menggunakan agama.. akhirat nanti tau le... azab ALLAH sangat berat

    ReplyDelete

comment please.....