Tuesday, February 12, 2013

RONNIE LIU BAKAL SAMAN JAFRIE NORDIN KERANA BOCOR RAHSIA SULIT!!

BARU-baru ini negara sekali lagi digemparkan dengan perletakkan jawatan bekas pembantu khas Adun Pandamaran, Ronnie Liu iaitu Jafrie Nordin yang dikatakan meletak jawatan atas alasan tidak berpuas hati dengan majikannya dan DAP.

Dan semalam Ronnie Liu telah mengumumkan di dalam media yang beliau akan menyaman Jafrie Nordin kerana cuba memfitnahnya dan mencalarkan imejnya sebagai wakil rakyat dengan menggunakan khidmat Gobind Singh Deo yang juga merupakan Ahli Parlimen Puchong dari DAP.

Ronnie Liu yang begitu terkenal di Selangor kerana merupakan salah seorang ahli kongsi gelap Cina dan mempunyai beberapa buah rumah urut di sekitar negeri Selangor tidak mahu langsung menyentuh berkenaan beberapa perkara yang ditimbulkan oleh bekas pembantu khasnya.

Standard taktik DAP, apabila sesuatu isu tidak dapat dijawab dan mahu menutup mulut orang yang menyampaikan maka akan disamannya individu tersebut. Sudah banyak kali terjadi. Teringat juga kisah blogger Dr. Novandri yang telah disaman kerana dikatakan memfitnah Guan Eng berhubung isu di Pulau Pinang. Juga blogger Pisau.net yang ditawarkan wang saguhati RM1,000 jika ada yang memberi maklumat berkenaan siapa pengendali blog tersebut. Ini semua hanyalah untuk menakutkan mereka.

Jika benar Ronnie Liu atau mana-mana pemimpin DAP yang terlibat dipersoalkan dengan soalan-soalan yang menyentuh integriti mereka, jawab sahaja. Tidak perlu hingga bawa ke mahkamah jika mahukan kebenaran. 

Rakyat ditakutkan dengan dibawa ke mahkamah jika ada sesuatu isu yang menyentuh keperibadian seseorang pemimpin DAP. Hinggakan satu masa nanti, rakyat akan mula berfikir dua kali untuk mendedahkan perilaku buruk para pemimpin DAP.

Bukti, dokumen, semua telah ada. Ronnie Liu tak perlu hendak berselindung. Ura-ura perancangan besar atau 'Grand Design' DAP untuk mengawal PAS dan PKR telah lama terdedah kerana bekas Setiausaha Organisasi DAP, Mohamed Razali Abd. Rahman sedang rancak memberi pendedahan ke sana-sini untuk memberitahu rakyat Malaysia siapa sebenarnya DAP ini. 

No comments:

Post a Comment

comment please.....