Friday, January 25, 2013

NASHARUDDIN SEBAGAI WAKIL PAS BARU IRINGI NAJIB KE GAZA UNTUK AMBIL IKTIBAR!!

HEBAT di media pakatan yang mendakwa Najib sengaja ingin mempopularkan diri dengan mengambil risiko berkunjung ke Gaza untuk menarik undi orang Malaysia. Sebagai langkah penyatuan kedua-dua parti terbesar di Malaysia, Najib mewakili UMNO dan Nasharuddin Mat Isa mewakili PAS ingin mengambil iktibar dari keganasan di bumi Palestin itu.

Akibat dari pertelingkahan kedua-dua parti besar di Palestin, Hamas-Fatah, orang luar iaitu Amerika cuba mengambil peluang untuk meranapkan terus bumi Islam di Palestin. Inilah yang akan berlaku jika UMNO-PAS terus bertelagah demi kuasa.

Aku tak nampak ada kesalahan kalau Nasharuddin Mat Isa ikut serta dalam rombongan Perdana Menteri Malaysia ke sana. Kenapa perlu dipolitikkan? Kenapa perlu membenci Nasharuddin Mat Isa kononnya menyokong Najib? Ini adalah semangat ukhuwah antara saudara sesama Islam.

Berhentilah bermain politik jijik. Delegasi Malaysia ke sana adalah untuk menghulurkan bantuan atas nama Islam. Mereka ke sana atas sifat simpati dan bertanggungjawab membela penduduk Islam yang teraniaya. Bukan kerana politik, bukan kerana apa. Demi Islam. Kita juga wajib bersatu.

1 comment:

comment please.....