Saturday, January 19, 2013

AGEN KRISTIAN HANTAR WAKIL EDAR BORANG KAJI SELIDIK BIBLE DI SEKOLAH PULAU PINANG!!

MEREKA semakin berani! Mereka yang aku maksudkan kat sini adalah agen kristian yang dihantar ke setiap sekolah di Pulau Pinang bagi mengedarkan borang kaji selidik berkenaan bible kepada pelajar sekolah. 

Agenda kristian semakin terserlah semenjak penghalalan kalimah Allah serta bible dalam bahasa Melayu telah disepakati dalam pakatan. Tiada pihak yang membantah dalam pakatan. PAS pun turut menyokong walau matlamat penubuhan parti adalah untuk mendokong Islam di Malaysia.

Dilaporkan semalam, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang telah mendedahakan modus operandi agen kristian yang dihantar disetiap sekolah untuk memberi penerangan berkenaan bible dalam bahasa Melayu. Seperti gambar di atas yang sempat diambil di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, ada lebih 20 orang agen yang dihantar oleh agen ini untuk mengkristiankan orang Melayu khususnya pelajar sekolah.

Maknanya DAP sekarang semakin terdesak untuk menjadikan negeri Pulau Mutiara itu sebagai satu-satunya negeri kristian di Malaysia. Mengikut acuan Singapura yang kristian menjadi agama rasmi bagi negara republik itu.

Borang di atas adalah satu satu borang yang dihantar oleh penduduk di kawasan tersebut kepada Gerakan Anti PKR. Borang itu sudah jelas bertanyakan 'Adakah anda mahu membaca bible bersama kami?'

Rosak, rosak. Inilah perkara yang paling menggerunkan bagi umat Islam apabila ada parti pendokong kristian yang campur tangan dan sekutu parti mereka turut membenarkan perkara ini terjadi. Kehancuran akidah umat Islam semakin tenat. PAS buat apa?

Laporan polis juga telah dibuat oleh Persatuan Mukabuku Pulau Pinang. Hanya menunggu tindakan sahaja. Namun yang aku sangat pasti PAS akan terus mendiamkan diri kerana tidak mahu cita-cita mereka ke Putrajaya terbantut ditengah jalan. Biarkanlah ISLAM tergadai, asal PUTRAJAYA menjadi milik mereka.


1 comment:

  1. Berani edar kat PP sebab ade kebenaran tak bertulis dari KM kut

    ReplyDelete

comment please.....