Friday, December 28, 2012

PAS PULAU PINANG MENGAMUK GUAN ENG TIMBULKAN ISU KALIMAH ALLAH!!


LEBIH 200 ahli PAS Pulau Pinang telah berhimpun di Masjid Simpang 6 bagi membantah amanat Guan Eng sempena Hari Krismas yang lepas berkenaan desakan supaya membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah di dalam urusan agama mereka.

Bangga dengan PAS yang telah mula sedar dengan permainan jahat DAP yang memang anti Melayu dan Islam sejak dahulu lagi. Jika dahulu bapanya Kit Siang menghalau Melayu dari Tanah Melayu dalam tragedi 13 Mei 1969, kini anaknya Guan Eng mula berani menunjukkan taringnya.

Itu pun masih ada lagi pemimpin PAS yang tidak sedar dengan agenda jahat DAP. Tapi apa boleh buat sebab mata hati mereka telah digelapkan dengan ganjaran duniawi. Putrajaya milik pakatan jika PAS terus bekerjasama memecahkan undi UMNO dalam pilihanraya akan datang.

Sedarlah sikit wahai Nik Aziz, wahai Hadi Awang. Melayu perlu bersatu untuk menjaga agama, bangsa dan negara kita. Jangan kita terus bertelagah sehingga tercicir matlamat menegakkan kebenaran. Fikirkanlah.

3 comments:

  1. 200 je ke balaci pas yg brani...atau konspirasi malik itik mau divert isu??

    ReplyDelete

comment please.....