Sunday, December 2, 2012

PANAS!! KETUA WANITA UMNO SEMPORNA KELUAR PARTI!!

PADA 30 November yang lepas semasa sidang Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berlangsung di Putra World Trade Center (PWTC), ada cerita panas rupanya yang berlaku di Sabah atau lebih tepat lagi di bahagian Semporna, Sabah iaitu Bahagian yang diketuai oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Shafiee Apdal.

Apa sudah jadi pada bahagian orang kuat parti ni? Sibuk memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar tapi malang kawasan sendiri tidak boleh dijaga. Hati dan perasaan pengundi terutama Ketua Wanitanya sendiri tak dapat ditangani. 

Kalasahan Abdul Salam yang sudah bertekad mahu meninggalkan UMNO dan akan mempertimbangkan untuk menyertai PKR menyatakan dalam akhbar yang beliau dah muak dengan permainan politik UMNO terutama Ketua Bahagiannya sendiri dan gagal membawa pembangunan di Semporna, Sabah.

Hairan bin ajaib tentang agenda Ketua Wanita ini yang sanggup pergi ke Petaling Jaya iaitu Pejabat Keadilan semata-mata mahu menyatakan hasrat meninggalkan UMNO dengan memanggil wartawan dan ditemani oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. 

Mungkin ada cerita disebalik drama perletakan jawatan ini. Tak nak dengar dari sebelah pihak, Dato' Shafiee Apdal wajar memberi penjelasan kepada media dan semua tentang perkara serius ini.

No comments:

Post a Comment

comment please.....