Sunday, December 30, 2012

NIK AZIZ LULUS 10,526 EKAR TANAH UNTUK PERJUANGAN ISLAM OLEH DAP!!

10,526 ekar tanah Kelantan diberikan kepada dua sepupu Nga dan Ngeh. Malah projek balak Kelantan juga diberikan kepada Upaya Padu Sdn Bhd yang mana antara pengarahnya adalah Nga dan Ngeh. Semasa pemerintah pakatan Perak awal 2008, Nga dan Ngeh kelihatan kerap bersama Nizar (Menteri Besar) ke mana sahaja beliau berada.

Itul adalah sedikit rentetan kisah rasuah yang diberikan oleh Nik Aziz kepada Nga dan Ngeh (DAP) supaya Menteri Besar Perak dipilih dari kalangan pemimpin PAS negeri. Lalu terus mencalonkan Nizar kerana ada pertalian darah dengan Nga dan Ngeh. 

Tapi apa yang nak dikecohkan sangat. Memang parti DAP itu kuat rasuahnya dan juga pandai menyorokkan segala kes rasuah. Untuk menjaga imej bersih kata Presiden DAP, Karpal Singh. Sejauh mana kebersihan yang DAP dapat sapu? Sampai bila rakyat nak diperbodohkan dengan kebersihan DAP?

PAS rupanya hanya menjadi penutup tong najis kepada DAP. Segala kesalahan rasuah dan penyelewengan diberikan kepada PAS dan PKR yang tidak tahu apa-apa. Tetapi tidak mengapa, demi menuju Putrajaya dan menawan Malaysia, PAS lebih sanggup berdiam diri dari terkeluar dari kumpulan pakatan.

Maka secara tidak langsung apa yang dilakukan oleh DAP adalah halal. Apa yang dilakukan oleh DAP mendapat restu Nik Aziz dan dijamin masuk syurga. Apa lagi yang kita boleh lakukan jika pemimpin yang konon memperjuangkan Islam sanggup mengkafirkan sesama umat Islam dan menganggap saudara kepada yang bukan Islam. Itulah perjuangan PAS sebenar...

No comments:

Post a Comment

comment please.....