Friday, December 7, 2012

MANA RUMAH SELANGORKU?? KHALID TERUS MENYEPI!!

PILIHANRAYA semakin hampir maka segala macam pendedahan baru dimulakan. Dan pelbagai masalah dan tuntutan janji-janji manis pakatan diselongkar kembali. MANA RUMAH SELANGORKU??

Sedang Khalid dan kuncu-kuncunya enak menikmati kehidupan di dalam rumah besar hasil rompakan harta kerajaan negeri Selangor, ada rakyat yang terus menderita untuk meneruskan kehidupan seharian tanpa keperluan yang sepatutnya.


Menyedari hakikat itu, kerajaan negeri seharusnya menjadi pembela kepada kelompok masyarakat kurang berkemampuan untuk mendapatkan kediaman pada harga mampu milik. 

Namun hari ini di Selangor, lain pula ceritanya. Kerajaan negeri dilihat terus meminggirkan nasib golongan kurang berkemampuan dengan sengaja membiarkan anak-anak syarikat kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membina kediaman bertaraf mewah semata-mata.

Dalam konteks ini, JB tidak halang kalau-kalau kerajaan negeri sememangnya berhasrat mahu menyediakan kawasan perumahan untuk golongan kaya dan aristokrat, tetapi jangan lupa pada masa yang sama, untuk turut menyediakan kawasan perumahan untuk golongan kurang berkemampuan di negeri Selangor.

Kajian yang dilakukan menunjukkan 78 peratus penduduk Selangor pada paras gaji RM1500 dan ke bawah masih tidak memiliki kediaman sendiri. Dan jumlah keseluruhan golongan ini mewakili 60 peratus penduduk di Selangor. Dalam erti kata lain, hampir separuh daripada penduduk Selangor sebenarnya tidak akan memiliki rumah sendiri sampai bila-bila seandainya harga rumah terus dikekalkan pada kadar sekarang.

Sudah sampai masanya rakyat bangkit untuk menuntut hak perumahan daripada kerajaan Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim. Sampai bila rakyat harus menunggu dan menunggu. Kini, rakyat perlu berani ke hadapan dan bertanya; MANA RUMAH SELANGORKU?

No comments:

Post a Comment

comment please.....