Wednesday, December 19, 2012

HIMPUNAN TERBESAR RAKYAT SELANGOR DESAK KERAJAAN NEGERI TUNAI JANJI!!


Nampaknya semakin hampir PRU ke-13, semakin “tenat” keadaan Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” Ibrahim apabila semakin hebat “diserang” rakyat Selangor yang bangkit.

Baru-baru ini Kerajaan Pakatan Haram Selangor dan Khalid “Gagap” diserang lagi oleh ribuan ibu tunggal di beberapa kawasan di negeri itu yang bertindak memfailkan saman terhadap kerajaan negeri dan Menteri Besar itu.

Ekoran itu, Khalid dan kerajaan pimpinannya kini berhadapan dengan lebih 5,000 saman dari ibu-ibu tunggal di seluruh Selangor dengan tuntutan hampir mencecah RM27 juta termasuk jumlah tuntutan yang dibuat oleh sekumpulan lagi ibu tunggal pada November lalu.

Dianggarkan bahawa hampir 30,000 orang ibu tunggal di seluruh Selangor termasuk dari kaum Cina dan India akan turut bertindak terhadap Khalid dan Kerajaan Pakatan Haram Selangor kerana gagal memberikan elaun bulanan sebanyak RM100 sejak Pakatan Haram memerintah pada Mac 2008.

Sebelum itu juga, Kerajaan Negeri dan Khalid juga telah disaman oleh ribuan rakyat Selangor yang tinggal di flat, pangsapuri dan kondominium atas dakwaan pihak berkuasa dan Menteri Besar itu gagal menunaikan janji memberikan 20 meterpadu air percuma kepada mereka.

Menurut rakyat yang dianiaya itu, mereka juga berhak mendapat air percuma tersebut memandangkan mereka tinggal dan menetap di Selangor meskipun menggunakan meter pukal di kediaman masing-masing.

Secara logiknya, jumlah penggunaan air di kediaman yang menggunakan meter pukal sepatutnya dibahagikan dengan jumlah unit kediaman di rumah-rumah flat, pangsapuri dan kondominium tersebut.

Inilah “bahana”nya bila hanya tahu buat janji manis manifesto dan taburkan pada rakyat, tapi tidak menunaikan apa yang dijanjikan itu.

Kalau menurut Islam dan hadis Rasulullah SAW, golongan yang berkata-kata dan memberikan janji tapi tidak mengotakan apa yang dikatakan atau dijanjikan itu, maka mereka adalah tergolong dari golongan munafik dan pembohong!

Kalau yang berjanji itu Elizabeth Wong, Ronnie Liu atau Teresa Kok, saya tidaklah terlalu mendesak memandangkan mereka itu semuanya golongn kafir yang tak tahu apa-apa mengenai Islam.

Tapi, yang jelasnya mereka yang berjanji dengan manifesto itu ialah Khalid “Gagap” dan para pemimpin PKR dan PAS yang beragama Islam! Takkanlah mereka tidak tahu hukum menipu dan tidak menunaikan janji?

Kalaulah Pakatan Haram Selangor menyifatkan manifesto itu bukanlah sesuatu yang boleh diiktiraf sebagai janji, jadi apakah yang sesuai untuk dikatakan tentang status manifesto itu? Pembohongan dan “janji manis beracun”?

Kalaulah setiap pemimpin politik “dihalalkan” untuk menabur manifesto “bulan dan bintang” dan “dihalalkan” untuk tidak melaksanakan manifesto berkenaan, budak kecil di tadika pun boleh buat manifesto yang lebih hebat dan mampu memikat undi rakyat!

Misalnya, saya boleh membuat manifesto untuk memberikan 1,000 liter petrol percuma kepada rakyat, beri RM10,000 kepada setiap keluarga setiap bulan, sebuah kereta mewah Lamboghini setiap graduan dan sebuah rumah banglo berkeluasan 10 ekar untuk setiap keluarga.

Malah jika parti saya menang dan berjaya membentuk kerajaan, maka seluruh rakyat Malaysia tak perlu bekerja dan akan diberikan elaun bulanan sebanyak RM50,000 seumur hidup! Menarik, bukan?

Begitulah nasib rakyat bila ditipu “hidup-hidup” oleh para pemimpin Pakatan Haram pada setiap kali musim Pilihanraya berlangsung di Malaysia. Mereka tak habis-habis dan langsung tidak rasa bersalah menawarkan pembohongan yang tidak mampu mereka tunaikan.

Pembohongan demi pembohongan para pemimpin DAP, PAS dan PKR semakin terserlah di setiap negeri yang dijajah oleh Pakatan Haram. Malangnya masih ada mereka-mereka yang dungu dan masih sanggup menyokong puak-puak Pakatan Haram ini.

Persoalannya, sampai bilakah kita sanggup membiarkan rakyat di negara ini ditipu, dikhianati dan dianiaya oleh para pemimpin Pakatan Haram ini? Mahu percayakan mereka lagi pada PRU ke-13 nanti? Nauzubillahi min zalik!

Sumber: Mykmu.net

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

comment please.....