Friday, December 14, 2012

AKHIRNYA HASRAT KHALID SAMAD BUKA KELAB MALAM BOGEL DI SHAH ALAM TERLAKSANA!!

Akhirnya hasrat kerajaan kebajikan PKR dan kerajaan Islam PAS berjaya diwujudkan di Shah Alam, penduduk yang 70% adalah Melayu-Islam. Tepat tanggal 12-12-12 baru-baru ini, kelab malam pertama di Shah Alam akhirnya berjaya dirasmikan dengan gilang-gemilang.

'Voyage' itulah kelab malam pilihan Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang dipilih oleh rakyat. Kemeriahan semasa Grand Opening kelab tersebut ditambahkan dengan orang ramai yang hadir untuk mendapat minuman keras yang murah.

Kehangatan semakin terasa dengan kehadiran model seksi terkenal, Stephanie Tan yang bertindak menjadi pengacara dalam majlis penuh noda itu.

Biarlah Ahli Parlimennya, Khalid Samad mempertikaikan kewujudan kelab malam bogel tersebut dan mengatakan yang blogger UMNO ni fitnah. Tapi yang batil tetap akan dilihat oleh mata manusia. 

Sekarang, mahu atau tidak penduduk Shah Alam kena terima kenyataan yang kesucian bandaraya Melayu ini telah berjaya dicemari oleh tangan jahat puak pakatan. Fikirkanlah demi masa depan Selangor.

2 comments:

  1. Alamak, dah salah tempat Bukan shah alam lah. Jauh Dari shah alam

    ReplyDelete
  2. Xdela jauh sgt.. dlm shah Alam gak ni.. area Setia alam...xptut btol

    ReplyDelete

comment please.....