Monday, November 12, 2012

NIK AZIZ TOLAK NAMA NURUL IZZAH DARI SYURGA PAS!!

HAMPIR seminggu lebih jugak isu berkenaan Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan menyokong murtad dihadapan ratusan audience pada salah satu forum yang dianjurkan oleh mereka. Perkara yang terbuku dihati oleh pemimpin pakatan akhirnya telah diluahkan oleh anak Ketua Pembangkang dengan nada bangga.

"Apabila anda bertanya pada saya, tiada paksaan dalam beragama...Bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang Melayu, ia sepatutnya digunapakai secara sama rata,"....

Apa yang boleh kita tafsirkan dengan kenyataan Izzah di atas? Kita sebagai umat Islam mesti menafsirkan yang Izzah sememangnya menyokong murtad pada umat Melayu dan dia tanpa segan silu dan berselindung menyatakan sokongan yang Melayu yang ternyata dalam perlembangaan MESTI BERAGAMA ISLAM turut mempunyai hak untuk memilih agama masing-masing seperti kaum lain di Malaysia.

Tapi, apa pula tafsiran orang bukan Islam? Ya! Mereka akan terus menyokong anak Anwar Ibrahim ini yang terkenal dengan kelantangan untuk meraih undi bukan Melayu dengan berkata sedemikian. Mungkin juga Nurul Izzah tersasul dan terlepas untuk berkata begitu kerana soalan yang ditanyakan oleh Siti Kassim (Peguam Keturunan Orang Asli) kepada Nurul Izzah dilihat cuba memerangkap beliau untuk mengeluarkan kenyataan tersebut yang jelas mengguris hati umat Islam.

Bukti, saksi sudah cukup untuk mendakwa Nurul Izzah tentang kes itu. Namun, Nurul Izzah bertindak pantas dengan mendapatkan bantuan dan sokongan dari Dewan Muslimat PAS untuk mempertahankan kenyataan terbaru Izzah yang menafikan pernah mengeluarkan kenyataan tersebut. Namun yang lebih memusykilkan kenapa Ulama' dari PAS, Pemuda PAS dan golongan kepimpinan tertinggi PAS yang dikatakan alim ulama' tidak menyangkal bukti video yang merakamkan detik Izzah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Atas arahan Anwar, PKR dan DAP yang mengakui Izzah tersilap cakap, maka disuruh semua yang sepatutnya terlibat menutup mulut tanpa mengeluarkan sebarang komen atau press conference. Memang sudah ternyatalah yang kini PAS sudah tersepit dengan permainan Pakatan yang ingin merendahkan golongan ulama' dalam PAS. Di mana suara Nik Aziz? Hadi Awang? Nasharudin? 

Datang pula satu SMS fitnah yang dikatakan mengajak semua umat Islam untuk berkumpul bersama-sama Pemuda PAS Pusat di Pejabat PKR, Tropicana untuk berdemo membantah kenyataan Izzah. Namun yang terjadi selepas lebih dari seminggu SMS itu berlegar, sehari sebelum hari kejadian, Ketua Pemuda PAS membuat kenyataan yang mendakwa SMS itu adalah fitnah dan berpunca dari Papa Gomo. Kini siapa yang fitnah siapa? Kenapa perlu melibatkan orang lain semata-mata mahu menutup aib sendiri.

Bukti jelas nyata namun masih menafikan hingga sekarang. Saksi juga begitu kecewa dengan penafian yang Izzah buat kerana ternyata pemimpin pakatan memang lidah bercabang!

No comments:

Post a Comment

comment please.....