Thursday, November 8, 2012

HALAL DARAH NYA BAGI YANG MURTAD!! DARAH YANG MENYOKONG MURTAD??


Murtad hukumnya ialah bunuh!

Menurut Imam al-Syafie, seseorang yang murtad terlebih dahulu diminta bertaubat dan kembali kepada Islam dalam tempoh tiga hari. Jika tetap enggan barulah dijatuhkan hukuman bunuh bersesuaian dengan hadis nabi yang bermaksud :

"Sesiapa yang menukar agamanya (Islam kepada yang lain) maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Tidak halal darah seseorang Muslim melainkan disebabkan oleh tiga perkara... orang yang meninggalkan agamanya dan memecahkan jemaah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada pihak menghujah bahawa ayat suci yang menyatakan 'tiada paksaan dalam agama' membenarkan perbuatan murtad. Ayat suci ini telah dijadikan sebagai sumber menyokong hujah bahawa Islam tidak menyediakan hukuman duniawi ke atas orang murtad. Menurut Al-Qardhawi, ayat ini tidak boleh dijadikan hujah untuk tidak menghukum dan membenarkan perbuatan murtad. Alasan yang dikemukakan Qardhawi ialah manusia akan menjadikan agama sebagai satu permainan ; semalam beragama Islam dan keluar daripada Islam pada keesokan harinya.

Hukuman asal bagi orang yang murtad ialah dibunuh. Ini berdasarkan kepada hujah dan dalil hadis nabi. Hukuman bunuh ini wajib dikenakan kepada semua penjenayah murtad sama ada lelaki ataupun perempuan, tua ataupun muda tanpa sebarang perbezaan.

Aku cuma nak tanya pada ustad-ustad PAS atau PKR yang bersungguh mempertahankan Nurul Izzah. Kalau Murtad hukumnya kena bunuh, jadi kalau yang mencetuskan dan mempersetujui perbuatan murtad tu apa pulak hukumnya????

1 comment:

  1. Aku nak tanya 60 tahun Umno tolak hudud hukumnya apa pula.
    Dr Mahathir jelas lagi terang tentang hudud.
    Najib said Say No to Hudud.

    ReplyDelete

comment please.....