Monday, November 5, 2012

GEMPAR!! KERAJAAN SELANGOR ROBOH JETI MILIK PENDUDUK KAMPUNG!!


KHAMIS yang lalu sekumpulan penduduk kampung menyambut kehadiran YB Datuk Noriah Kasnon ditemani Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Per3) Sabak Bernam melawat tapak jeti penduduk kampung yang akan dirobohkan oleh kerajaan negeri pada bila-bila masa.

Untuk makluman, jeti ini digunakan oleh penduduk kampung yang rata-rata bekerja sebagai nelayan untuk mencari rezeki namun kerajaan negeri akan merobohkan jeti tersebut untuk memberi laluan kepada kroni mereka membuat pembangunan di situ.

Dokumen dan segala surat menyurat telah ada ditangan JB tapi biarlah perkara ini mendapat respon dari kerajaan negeri dahulu. JB akan bongkar siapa yang bertanggungjawab mengarahkan dan mengeluarkan surat untuk kerja-kerja meroboh jeti tersebut.

Jika mengikut keadaan jeti di Jalan Pantai, Kg. Simpang 4 BNO ini, jeti ini kelihatan baru dibina oleh penduduk kampung dengan peruntukan dari wakil rakyat tempatan namun surat arahan yang diterima baru-baru ini pula mengarahkan supaya jeti berkenaan diruntuhkan sendiri oleh mereka sebelum pihak kerajaan negeri menghantar orang untuk meruntuhkan binaan itu.

Perkara ini telah mendapat perhatian dari wakil rakyat BN tempatan seperti YB Abdul Rahman dan YB Noriah Kasnon dan mereka mengarahkan supaya anak muda tempatan menjaga kawasan tersebut dan menghalang jika ada pihak dari kerajaan negeri yang ingin merobohkan jeti tersebut.

Kalau jeti ini dirobohkan, dimana lagi penduduk kampung atau nelayan ini mahu melabuhkan bot masing-masing. Jangan terlalu kejam dengan manusia. Ini bukan perkara main-main, ini berkaitan dengan periuk nasi penduduk kampung.

Mohon perhatian kerajaan Khaldi Gagap yang dilihat semakin zalim terhadap rakyat Selangor hingga sumber rezeki mereka pun nak disekat. Kerajaan apakah ini??

-BERSAMBUNG-

No comments:

Post a Comment

comment please.....