Friday, November 16, 2012

DILANTIK JADI ORANG PENTING PARTI SELEPAS BALING NAJIS!!

Malam ni aku nak tulis bagi sedar sikit kat pemimpin UMNO yang lama-lama ni. Bukan senang nak kritik depan-depan, silap haribulan kena pancung terus. Apa yang aku nak sampaikan ni mungkin akan terkesan kat setiap pemimpin dalam UMNO yang dilihat semakin lemah kerana sikap orang yang ada disekelilingnya.

Memang sengaja aku tak nak letak apa-apa gambar sebab nanti ada yang perasan aku tuju kat siapa pulakkan tapi yang penting sudah semestinya orang UMNO kat kawasan yang berhampiran. Kalau ada yang perasan, sampai-sampaikan lah. Aku tak ada jawatan, tak kaya, tak boleh nak tegur Dato'-Dato' ni. 

Berbalik kepada tajuk yang aku tulis kat atas. Ya! Individu yang kecik hati, merajuk dan telah pun melompat parti senang betul nak jadi orang penting dalam UMNO kan? Sikap pemurah dan pemaaf pemimpin UMNO yang tersemai sejak dari dulu. Dulu masa kat luar UMNO individu inilah yang lantang menghentam kerajaan dan UMNO luar dalam sebab dikatakan orang yang paling rapat dalam kepimpinan bahagian.

Selepas puas menghentam dan tersedar yang kalau tidak bersama UMNO dia tak boleh nak cari makan, maka kembalilah kepada UMNO dengan mengadap pemimpin yang masih bertapak lesu. Maka diangkatlah pengkhianat parti ini menjadi antara orang terpenting dalam bahagian tanpa perlu melalui pertandingan. Ahli UMNO yang sekian lama setia tanpa merajuk ternganga lagi.

Ada juga sebilangan ahli UMNO bahagian tersebut yang meluahkan rasa tidak puas hati tentang individu tersebut yang terus diangkat umpama wira walau baru berdaftar menjadi ahli UMNO. Apa sudah jadi? Pemimpin bahagian sudah dibeli ke? Itu semua aku tak nak tau sebab aku tak kisah pun kerana aku bukan ahli UMNO totally. 

Tapi aku masih ada rasa kasihan tengok sebilangan ahli UMNO tegar yang berdiri teguh dibelakang parti tidak pernah diberi pengiktirafan sebegitu tinggi oleh pemimpin bahagian ini. Malah si pengkhianat yang dibawa pemimpin tersebut konon dalam mengembalikan semangat perjuangan pula dijulang tinggi bagai si pemimpin ini terlupa yang si pengkhianat ini pernah memfitnah, memaki, memburukkan UMNO dan terus dilantik menjadi orang terpenting dalam bahagian tanpa undian.

Seronok betul si pengkhianat parti tersebut. Sadis melihat ahli UMNO yang setia berkurun lama namun dipandang sepi oleh pemimpin haprak ini. Bukan harta yang ahli UMNO biasa ini mahukan cuma pengiktirafan dan layanan yang saksama diberikan. 

Aku harap sangat ada yang terasa. Sebab memang niat aku nak bagi pemimpin haprak ni dengan si pengkhianat ni rasa apa yang ahli UMNO bahagian korang rasa sekarang ni. Sekian.

1 comment:

  1. bior ler teman org 1st.yg bagi komen atas tajuk ni..
    teman ni mmg ler ahli UMNO tegar..dulu dan sampai skrg ni..cuma dulu2 ada gak terikut2 nk join PAS dan 'pembela' anuwar masa dia mula2 terkeluar dari UMNO...pastu teman 'tersedor' kembali bahwa..banyak yg UMNO dah buktikan dalam membangunkan negara dan rakyat..memang ler tak sesempurna mana..tp teman dpt ler belajor sampai sekolah menengah.
    cuma saya jugak setuju dgn admin...ramai org kuat UMNO 'tak boleh ditegur'..dan ini punca mengapa org tak suka pd kebanyakan org atasan UMNO. sepatutnya..jika ikhlas memegang jawatan..tentulah 'lebih mesra alam'..
    namun begitu..untuk meletakdan menukarkan tampuk pemerintahan yg ada kepada yg lebih worse..itu bukan cadangan yg terbaik...itu 'mengundur' kebelakang namanya..fikir2kanlah..'Pegawai2 dalam UMNO' kena berubah..gantikan yg lebih tulus...waullahua'lam..sekadar pandangan akar umbi saja.

    ReplyDelete

comment please.....