Tuesday, November 20, 2012

ANWAR SARANKAN HADI AWANG LANGKAH MAYATNYA DULU SEBELUM JADI PM


Ramai pemerhati politik tersenyum sinis apabila Dewan Ulamak PAS serta para perwakilan di Muktamar PAS Ke 58 tempohari bersungguh-sungguh menyarankan  Abdul Hadi Awang dilantik sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13.

Maka kembanglah hati seketika sebahagian ahli dan penyokong PAS yang hadir, tanpa menyedari saranan tersebut akhirnya hanya akan dibakul sampahkan oleh PR sama seperti nasib yang dialami oleh manifesto negara Islam dan hudud PAS.

Bagi yang celik akal pastinya tahu saranan sedemikian hanyalah sekadar propaganda untuk menyedapkan hati ahli dan penyokong PAS yang kian merasakan mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk memenuhi cita-cita politik Anwar Ibrahim.

Namun bagi ahli dan penyokong PAS yang totok balaci setaraf keldai, mainan propaganda itu cukup untuk membuatkan mereka lebih teruja dan bersemangat dalam menempuh liku-liku PRU 13 kelak.

Selama ini umum mengetahui PR sejak lama dulu sudah muktamad mempotretkan Ketua Umum PKR adalah calon PM yang paling layak, kini bila tiba-tiba sahaja PAS tampil dengan saranan calon PM dari puaknya, tentulah menggelikan hati ramai.

Tambah menggelikan hati lagi bila mana ketika di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PR di Stadium Sultan muhammad ke IV Kota Bharu pada malamnya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula secara terbuka mengumumkan bahawa Anwar Ibrahim adalah calon muktamad PR sebagai PM.

Berita lanjut klik SINI.

No comments:

Post a Comment

comment please.....