Tuesday, October 9, 2012

ZULKIFLI AHMAD PUNYA SKANDAL TERBARU??


Tidak berapa dulu Pena ada bawakan cerita tentang bagaimana Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga memengang jawatan sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS ini memainkan peranan dalam pemilihan calon untuk PRU 13 nanti. (baca sini)

Dr DZulkefly Ahmad dikatakan telah memilih Haji Razali Tumirin sebagai calon PRU13 kerana kebolehan mentadbir dan ilmu yang dimiliki oleh beliau selain mengekalkan kroni dalam pemerintahannya.

Secara tidak langsung  Dr Dzulkefly Ahmad  telah menolak bulat-bulat calon yang diperkatakan ramai iaitu Cikgu Rashid Kassim yang juga YDP PAS Kuala Selangor sekarang ini.

Cikgu Rashid Kassim (YDP PAS Kuala Selangor)
Tetapi berdasarkan maklumat terbaru yang Pena terima sebentar tadi mengatakan sebuah mesyuarat telah diadakan lebih kurang 3 minggu lepas yang dihadiri oleh Cikgu Rashid Kasim (YDP PAS Kuala Selangor), Ustaz Ahmad Alang (Pengarah JPRD Jeram) bertemu dengan Dr Zulkifli Ahmad (MP Kuala Selangor) membincangkan tentang masalah pemilihan calon pilihanraya yang akan tiba tak lama lagi.

Dalam Mesyuarat itu, dikatakan Cikgu Rashid Kassim dan Ustaz Ahmad Alang telah menggunakan kuasa yang ada pada mereka menggesa Dr Zulkifli Ahmad untuk menolak pencalonan Tuan Hj Razali Tumirin sebagai Calon Pilihanraya DUN Jeram pada PRU 13 nanti.

Baca seterusnya di SINI.

No comments:

Post a Comment

comment please.....