Sunday, October 7, 2012

TERKINI!! LAGI RAKYAT SELANGOR MENUNTUT HAK AIR PERCUMA PADA KHALID GAGAP!!


Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang tidak berhati perut.

Pengerusinya, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, sehingga kini beliau langsung tidak mempedulikan desakan rakyat berpendapatan rendah yang menduduki rumah flat dan pangsapuri untuk turut menikmati skim air percuma.

Apa yang dikesali, pemimpin kerajaan pakatan pembangkang itu langsung tidak mahu turun padang melihat sendiri tuntutan yang dibuat oleh rakyat dalam beberapa demonstrasi aman sebelum ini.

“Malah sehingga kini Abdul Khalid masih enggan mempertimbangkan  untuk mengagihkan rebat RM11.40 yang tertunggak selama empat tahun kepada pemilik meter pukal.

Hari ini penghuni flat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun yang mengandungi lebih 3,000 unit rumah pula menyatakan tuntutan mereka kepada kerajaan negeri,” ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama penduduk flat SPNB Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun mengadakan demostrasi aman menuntut air percuma dari Menteri Besar Selangor, kerajaan negeri dan pihak SYABAS.

Lagi berita di SINI.

No comments:

Post a Comment

comment please.....