Sunday, October 7, 2012

PAS BERCERAMAH TENTANG HARAM MINUM ARAK!! TAPI MINTA SPONSOR AIR SETAN TIGER!!

Beginilah wajah seorang pemolitik Pas yang juga sering kelihatan memberi kuliah di masjid dan layaknya disebut sebagai pejuang Islam oleh Pas.

Tetapi memandangkan statusnya yang disebut sebagai pejuang Islam adalah kurang manis apabila membuat ucapan seolah-olah menggalakkan pembinaan patung-patung besar di Kelantan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Banyak negara bukan Islam di Asia ni tidak punyai patung-patung sebagaimana besarnya patung yang berada di Kelantan, kebebasan beragama diluar batas yang melebihi apa yang terdapat dinegara bukan Islam adalah satu kebebasan yang tidak kena pada tempatnya dan sekaligus jauh bercanggah dari apa yang kononnya diperjuangkan oleh Pas.

Benarkah Pas ni berjuang Islam?

atau Pas sebagai penolong kepada penyebaran agama selain Islam, jika begitu apa perlunya Pas mengatakan mereka berjuang Islam?

Nabi bila memasuki kota Mekah, segala berhala dijatuhkan, Nik Aziz memasuki serambi Mekah segala berhala dinaikkan, apakah cara Nabi dan cara Nik Aziz itu sama?.

Lebih ketara lagi banner arak brand Tiger disebelahnya, mungkin YB Pas ini ingin mengajak umat Islam supaya membiasakan diri dengan perkara yang diharamkan oleh Islam, atau arak berjenama Tiger ni sudah dihalalkan oleh Pas ?, tolong promote lah gamaknya.

Kalaulah kawasan tersebut bukan dibawah pemerintahan Ulamak selama 22 tahun, tidaklah menjadi masalah, ia boleh dikatakan sebagai pemula dakwah dikawasan itu, tetapi kalau dah 22 tahun perintah, orang bukan Islam langsung tidak merasa malu dan hormat dengan membiarkan banner Tiger itu terpampang disitu sedangkan arak itu adalah haram bagi umat Islam.

Apa yang dapat dibayangkan dengan sikap pemimpin Pas itu, bukankah jika orang bukan Islam menghormati pemimpin Pas, mereka akan bertindak menutupi banner tersebut sepanjang kehadiran pemimpin Pas disitu.

Tapi kerana undi pemimpin Pas sanggup buang agama demi parti, justeru itu adalah sama sekali tidak layak untuk Pas mengatakan mereka berjuang Islam sedangkan dakwah Islam langsung tidak berkembang, rakyat Kelantan boleh perhatikan dikawasan anda, berapa orang sudah memeluk agama Islam sepanjang 22 tahun pemerintahan Pas di Kelantan?

Nik Aziz sendiri selama 22 tahun sampai ke 22 orang bukan Islam berjaya diislamkannya, jika tidak tak perlu Pas nak kata mereka berjuang Islam, kerana pemimpin Pas pun sama saja dengan pemimpin Umno.

Ceramah Pas bukan jelaskan keindahan Islam, tetapi lebih kepada memaki hamun pemimpin Umno, apakah sikap itu akan mendekatkan masyarakat dengan Islam.

Tonton video panas di AAKJ

No comments:

Post a Comment

comment please.....