Thursday, October 18, 2012

PANAS PAGI!! SAMSENG DAP SUDAH TUNJUK KURANG AJAR!!


Taman Kaya bukanlah kawasan komuniti berpagar yang digazetkan. Ia sama seperti taman-taman perumahan yang lain dimana jalan-jalan utama masih lagi merupakan milik awam.

Awal tahun 2012, Persatuan penduduk Taman Kaya yang dipengerusikan oleh Augustine Anthony telah memohon kepada Dewan Bandaraya Ipoh untuk memagar kawasan Taman Kaya untuk mencegah kes-kes jenayah yang berlaku dikawasan tersebut. Dewan Bandaraya Ipoh(DBI) telah memberi persetujuan awal dengan meletakkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh penduduk.

Walaubagaimanapun, beberapa perkara yang bertentangan dengan undang-undang telah dilakukan oleh sekumpulan AJK Penduduk yang diketuai leh Lee Chee Seng yang menyebabkan Austine Anthony meletakkan jawatan. Dari situ, bermulalah beberapa persengketaan dalaman dan sesiapa yang enggan menurut perintah Lee Chee Seng dan isterinya akan di ugut, malah berlaku beberapa kejadian harassment terhadap penduduk.

Apa yang ditulis diatas hanyalah untuk memberi gambaran tentang apa yang berlaku dan bukan ini isu yang cuba dibawa oleh Mediaperak dan semua tuduhan yang dibuat oleh Lee Chee Seng dan Irene Yow akan kami jawab dimahkamah nanti.

Apa yang cuba ditonjolkan oleh Mediaperak ialah sikap Lee Chee Seng yang berlagak seperti samseng apabila berhadapan dengan orang-orang yang tidak sependapat dengannya. Apakah kerana dia seorang Pengerusi Persatuan Penduduk dan juga Pengerusi DAP Cawangan Taman Kaya, maka dia sudah merasakan bahawa dia sudah mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap Taman Kaya? - MediaPerak

Bayangkan kalau orang seperti ini diberi jawatan yang mempunyai kuasa yang lebih luas.

Saksikan gelagat Lee Chee Seng semasa kejadian yang berlaku pada 26 Jun 2012.



No comments:

Post a Comment

comment please.....