Wednesday, October 3, 2012

HARGA SAWIT TURUN MENDADAK!! PENDUDUK KAMPUNG MENGELUH!!

Harga tandan buah sawit jatuh menjunam diperingkat lebih rendah sebelum ini. Hari ini harga kelapa sawit semasa jatuh pada harga RM350 se-tan (1,000kg) berbanding dua bulan lepas yang mencecah RM600 se-tan. Apa sudah jadi?

Perkara ini diluahkan sendiri oleh pekebun-pekebun kecil kelapa sawit persendirian yang terkesan dengan penurunan harga buah sawit secara drastik. Akibatnya ramailah pekebun terpaksa menanggung perit jerih mengait buah sawit yang telah masak untuk dijual walaupun harga tidak setimpal dengan kepayahan mereka.

Untuk makluman mereka ini bukanlah peneroka Felda yang dibantu oleh kerajaan setiap bulan tapi pekebun kecil yang luas tanah hanya beberapa ekar sahaja. Kerajaan harus membantu menstabilkan semula harga buat sawit ini untuk keselesaan penduduk kampung.

Jangan double standard dan membezakan antara mereka dengan peneroka Felda kerana mereka juga rakyat Malaysia yang mencari rezeki dengan menjual hasil komoditi utama negara. Samada kilang minyak sawit sudah jammed atau orang tengah yang kebanyakannya berbangsa asing ingin mengenakan Melayu atas usaha kerajaan membantu Felda, wallahu'alam...

Mohon pihak yang terbabit mengambil inisiatif membantu pekebun kecil ini. Jangan kerana ekonomi penduduk kampung tidak stabil dan tidak diselaraskan, kerajaan akan disalahkan. Hanya memandang penyenaraian saham FGVH sedangkan pekebun kecil sawit yang lain merana akibat permainan harga dari pihak atas.

Mohon perhatian.

20 comments:

  1. Ada yg mgatakan bhw penurunan harga klapa sawit d sebabkan bnyak peruntukan/bantuan tlh d berikan kpd penduduk felda. Oleh itu,harga klapa sawit tpaksa d turunkan utk mnampung kembali peruntukan/bantuan yg tlh d berikan. Kesannya rakyat yg bkn penduduk felda mnerima musibah. Jgn smpai 'yg d kejar x dpt,yg d gendong keciciran'..ingat PRU smakin hmpir..

    ReplyDelete
  2. Jangan mendengar khabar angin yang tidak betul.meyalahkan kerajaan semata-mata. Punca utama ialah pembeli2 minyak sawit Malaysia dari negara luar telah beralih arah kepada minyak sawit dari Indonesia.Memandangkan keluasan tanaman sawit dan pengeluaran yang banyak di negara tersebut, harga yang lebih rendah dan kadar cukai pelabuhan yang rendah telah menyebabkan mereka 'divert' ke Indonesia. Kilang penapisan di Malaysia telah mengalami masalah lebihan bekalan. tidak mustahil ada yang bakal ditutup selepas ini...ini x der kene mengena dengan Felda.so..jgn hentam keromo kalau x tau fakta..

    ReplyDelete
  3. mmg tak hentam keromo..tapi dalam kes KPG apa cerita? Dah berapa lama FELDA tipu peneroka dalam bab KPG ni? Klu tak tipu, kena FELDA kalah dalam kes saman oleh peneroka Felda Kemahang? Skrg baru rakyat sedar ditipu oleh FELDA (yg dikawal oleh bapak2 menteri) selama ni. Sebab tu ramai yg berani saman FELDA kerana dah tahu kebenaran dan fakta. Tu belum lagi pasal peneroka yg menang kes saman FELDA pasal tabung tanaman semula kat FELDA SG KOYAN....

    ReplyDelete
  4. kerajaan prihatin la katakan.... :)

    ReplyDelete
  5. semua pihak harus mengambil tindakan altenatif bagaimana mengatasi keadaan sedemikian rupa..x perlu d salahkn kerajaan atau mana2 pihak..

    ReplyDelete
  6. pening kepala baru nak merasa hasil sawit dah merudum pula.tak padan dengan kos baja dan buruh

    ReplyDelete
  7. kerajaan kena mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi kadar penurunan harga yang begitu mendadak.Harga komoditi sawit berada diparas yang kritikal seperti enam atau tujuh lepas.Dengan kadar kenaikan harga baja dan lain-lain yang berkaitan mungkin lepas ni ramai pekebun kecil terpaksa jual kebun.Mengharapkan keraajaan yang prihatin.

    ReplyDelete
  8. Pilih lah BN utk kemakmuran hidup anda... Pilih parti ain akan menyebabkan rakyat susah dan miskin... Kepada peneroka felda mmg wajar sokong BN tp pada orang kampung mmg bodoh sanggap kalu pilih BN gk... Peneroka kelas pertama rakyat malaysia, orang kampung tak de kelas langsung sb bkn lubuk undi...

    ReplyDelete
  9. Harga sawit ditentukan oleh permintaan dan eksport. Buat masa ini China , India dan negara2 Asia pengguna sawit kita. Stok simpanan minyak sawit China hampir maksimum kerana kurang permintaan pengguna di sana..sama juga dgn India

    Harga Sawit di indonesia lebih parah..Rp800/kg atau lebih kurang RM 250/tan hari ini..

    Aku bukan cerita pasal politik..tapi logiklah sikit. Harga sawit indon tu UMNO/BN yang tentukan ke?...
    at least malaysia lebih baik dari indon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang harga sawit ditentukan oleh pasaran dunia, jika harga CPO turun maka turun lah harga BTS.Difahamkan stok CPO Malaysia dan Indonesia pada bulan Oktober 2012, November 2012 dan Disember 2012 berlebihan kerana pemintaan dunia berkurangan..maka harga BTS pun jatuh..memang UMNO/BN tak boleh kawal.

      Tetapi yang Pelik bin Ajaib..dah lah harga BTS turun, lebih malang lagi bermula bulan Oktober 2012 kilang sawit FELDA membeli BTS daripada pekebun kecil dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran.

      Pada 17.12.12 saya ke kilang sawit FELDA di Johor untuk menyemak harga BTS. Rupa-rupanya ada dua harga berbeza, untuk peneroka FELDA dibayar RM20.50 setan (Gred A) dan untuk pekebun kecil dibayar RM18.20 setan (Gred B). Mengapa di bezakan kerana mutu BTS yang dibeli oleh kilang sawit FELDA adalah mengikut standard MPOB..tak kira BTS peneroka FELDA atau pekebun kecil.

      Daripada tahun 2011 sehingga 30.9.2012 BTS saya dibayar oleh kilang FELDA pada kadar purata 19% OER (MPOB Daily Reference Prices). Tetapi bermula 1.10.12 sehingga 31.12.12 BTS saya dibayar pada kadar purata 17.5% OER (MPOB Daily Reference Prices). Kejatuhan sebanyak 1.5% OER dan jika diterjemahkan dalam RM pekebun kecil kerugian antara RM30 hingga RM40 bagi setiap tan BTS. Inilah dikatakan dah jatuh ditimpa tangga...yang ini saya rasa UMNO/BN boleh tolong..tapi kalau nak tolong, tolong cepat sikit sebelum orang kampung merajuk..sebeb PRU13 dah hampir.

      Delete
    2. Pembetulan isu di atas....untuk peneroka FELDA dibayar RM20.50 bagi setiap peratus OER dan untuk pekebun kecil dibayar RM18.20 bagi setiap peratus OER...dan dalam erti kata lain peneroka FELDA dibayar RM410 bagi setiap tan BTS manakala pekebun kecil dibayar RM357 bagi setiap tan BTS.(OER - Oil Extraction Rate/Kadar Perahan Minyak. BTS/FFB - Buah Tandan Segar/Fresh Fruit Bunch)

      Delete
  10. teruk betul harga sawit sekarang ni sekurangnya minta pihak berkenaan selesaikan masalah ini jika tidak rakyat yang berkebun tu akan merana sensara jangan sampai plak dah harga barang semua naik
    apatah lagi harga baja sawit racun rumput lagi hrmmm teruknya jadi macam ni
    harapkan pihak berkenaan dapat selesaikan masalah tersebut sekian

    ReplyDelete
  11. kesian rakyat berpendapatan rendah jika penurunaan harga sawit ini berlaku susahlah rakyat nak mencari sesuap nasi gara2 penurunan harga sawit ni saya harap dapat diselesaikan secepatnya utk kebaikan semua pihak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada bulan September 2012 harga CPO mulai merosot dan FGV telah mengalami penguncupan hasil.Perbelanjaan boros FGV masih terus dikekalkan dan bagi mengimbangi sasaran keuntungan FGV, maka mulai bulan Oktober 2012 FGV telah mengwujud dua gred dalam pembelian FFB. Ya itu Gred A bagi pembelian FFB dari peneroka FELDA dan Gred B bagi pembelian FFB dari pekebun kecil (orang kampung). Kualiti FFB bagi Gred A dan Gred B adalah sama kerana dikawal ketat mengikut piawaian MPOB.

      Berikut adalah harga pembelian FFB di kilang FELDA pada 17.12.12 :-

      Harga Gred A pada kadar perahan 1% = RM20.50
      Harga Gred B pada kadar perahan 1% = RM18.20

      Bagi peneroka FELDA yang menjual 10 tan FFB akan dibayar seperti berikut...
      RM20.50 X 19.6(peratus perahan) X 10 tan = RM4018

      Bagi pekebun kecil (orang kampung) yang menjual 10 tan FFB akan dibayar seperti berikut...
      RM18.20 X 19.6(peratus perahan) X 10 tan = RM3567

      Perbandingan hasil jualan yang di atas menunjukan orang kampung akan kerugian RM451 bagi setiap 10 tan jualan FFB. Amaun kerugian ini akan menjadi lebih besar apabila harga CPO meningkat kelak. Ini semua ada lah angkara FGV mengwujudkan pembelian FFB gred B bagi mengimbangi keuntungan sekarang dan ramalan keuntungan lebih besar pada masa akan datang.

      Ada lah menjadi harapan orang kampung agar kerajaan yang perihatin dengan keluhan rakyat (slogan Rakyat diDahulukan) meneliti perkara ini dan buat pembetulan dengan kadar segera.

      PRU13 semakin hampir...saya dahulu penyokong BN, sekarang pun penyokong BN...tapi untuk PRU13 mungkin saya di atas pagar sekiranya FGV masih mengwujudkan keuntungan besar melalui pembelian FFB gred B dari orang kampung.

      Pekebun kecil sawit (orang kampung) sekarang menderita dengan harga pasaran FFB yang menurun dan lebih menderita lagi apabila FGV melalui FELDA Palm Industries (Kilang Sawit FELDA)membeli FFB dengan harga jauh lebih rendah dari harga pasaran. Tolong lah kami orang kampung sebelum perkara ini menjadi Tooo..Long dan orang kampung tercari-cari Kak...Long., Abang..Long ke atau Ah..Long.

      Delete
  12. aku pelik la korang ni sikit-sikit nak salahkan kerajaan, ko ingat anwar al juburi tu boleh bagi ko harga berapa???
    Apa kerajaan selangor buat pun sama masing-masing penuhkan tembolok masing-masing.
    Ko nak tala bontot ko kat al juburi tu pegi lah....
    Muhasabah la .....
    APA NI SIKIT SIKIT NAK UGUT, NAK UNDI PEMBANGKANG,
    Aku pun pengundi atas pagar gak...

    ReplyDelete
  13. HARGA SAWIT DI SUNGGALA SOOK KENINGAU SABAH MALAYSIA BULAN DISEMBER 2012 ADALAH RM300 SETAN. ORANG KAMPUNG YG MENANAM SAWIT SENGSARA MENANGGUNG KOS..MOHON BANTUAN KERAJAAN..SEMOGA BULAN JANUARY 2013 INI HARGA NAIK..

    ReplyDelete
  14. apahal kerajaan tak mahu renew lisen kepada pembeli besar malaysia? jangan salahkan mana-mana bangsa, itu salah kerajaan yang cemburu sama sesiapa yang dikira untung..malaysia caj tax banyak mahal kepada pembeli dari negara asing...inilah kebenaran, jangan terus mahu cari jawapan untuk kerajaan aja.

    ReplyDelete
  15. banyak orang tak prihatin, terus mahu kaitkan maksud bangsa disamakan bangsa, apa cerita itu?

    ReplyDelete
  16. kenapa pembeli besar negara asing mahu pindah tujuan ke indonesia? kenapa? tolong ingat betul-betul duluan..tax, lisen kepada siapa pembeli..itu semua prinsip kerajaan tak betul fikiran.

    ReplyDelete

comment please.....